Skip to content

Kelvin Yii dilantik sebagai PENOLONG PESURUHJAYA KEHORMAT (PERTAHANAN AWAM)

Saya amat berbesar hati dilantik sebagai PENOLONG PESURUHJAYA KEHORMAT (PERTAHANAN AWAM). Terima Kasih banyak kepda Angkatan Pertahanan Awam(APM) kerana diberi peluang dan kepercayaan besar kepada saya.

Saya difahamkan bahawa APM mempunyai tanggungjawab yang berat dan perlu bersiap sedia 24 jam sehari terutama semasa bencana alam, mereka perlu bergegas ke barisan hadapan untuk menyertai misi menyelamat dan bantuan bencana.

Kami berhasrat dapat meneroka lebih banyak kerjasama dengan APM dari pelbagai aspek termasuk memberi latihan kemahirantindak balas kepada orang awam apabila kecemasan berlaku.

Kami percaya jika setiap orang menguasai kemahiran tindak balas yang relevan, maka peluang kemalangan jiwa dapat dikurangkan.

Saya juga serahkan sumbangan pejabat saya kepada APM Kuching untuk kegunaan meningkat taraf faciliti seperti peralatan pejabat dan peralatan operasi.