Skip to content

Kempen Selamatkan Bukit China 40 tahun lepas adalah satu cabaran kepada komuniti kaum, agama, dan budaya di Malaysia untuk memanfaatkan kebijaksanaan dan kepakaran mereka supaya Malaysia dapat membetulkan kemunduran yang disaksikan negara dalam suku abad yang lepas untuk bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia

Upacara ini di mana Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang juga merupakan Menteri Pengangkutan, dapat menyerahkan cek bernilai RM97,447.42 dari Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kepada Pemegang Amanah Cheng Hoon Teng untuk Bukit China, mewakili bukan sahaja satu kempen seluruh negara untuk sebuah paru-paru hijau dan warisan kebudayaan di Melaka, tetapi merupakan satu perjuangan jangka masa panjang untuk merealisasikan Impian Malaysia.

Salah satu aktiviti kempen Selamatkan Bukit China 40 tahun lepas, kempen Satu-Dollar-Seorang – yang dibuat selepas kerajaan negeri Melaka cuba untuk mengutip cukai tertunggak dalam usaha mereka untuk merobohkan tanah perkuburan di bukti ini, sepatutnya – berlangsung hanya untuk setahun dua di seluruh negara, sebaliknya kami telah menggantung kempen ini selepas tiga minggu pada bulan Januari 1985 kerana berjaya mengumpulkan RM24,163 untuk menyelesaikan isu ini.

Ada mereka yang mahu rakyat Malaysia untuk terus bertelagah mengenai isu-isu masa lepas, tetapi kita perlu terus bergerak ke hadapan dan berfikir tentang masa depan.

Semasa Malaya mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957, dan terutamanya ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963, jelas sekali dinyatakan yang Malaya dan kemudiannya Malaysia adalah sebuah negara majmuk, dengan kepelbagaian kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Cabaran kita adalah bagaimana kita dapat satukan masyarakat majmuk untuk menjadi sebuah negara hebat dunia.

Dalam suku abad yang lepas, kita telah jatuh sebagai sebuah negara kerana kita berhadapan dengan kemerosotan. Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau budaya, tidak boleh berjaya sebagai sebuah negara hebat dunia sekiranya kita terus berpecah belah dan gagal untuk memenuhi standard yang tinggi dari segi tadbir urus baik, kecemerlangan pendidikan, dan pencapaian manusia.

Cabaran yang dihadapi oleh pelbagai kaum, agama, budaya, dan tamadun yang telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kita ini adalah sama ada kita dapat menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran kita untuk membangkitkan semula Malaysia sebagai sebuah negara hebat dunia dan menjadi contoh tauladan dialog, persefahaman, toleransi, dan kejayaan antara etnik, agama, budaya, dan tamadun.