Skip to content

Kenapa standard yang terlalu rendah kalau tiada apa yang mahu disembunyikan? Mengapa kita dapat pemerhati pilihan raya hanya dari regim autoritarian dan pincang?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), agen lantikan Barisan Nasional (BN), telah mengumumkan yang ia akan menjemput pemerhati pilihan raya antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Cambodia dan Myanmar untuk pilihan raya kali ini. Hal ini adalah respon kepada seruan Pakatan Harapan kepada kerajaan supaya menjemput pemerhati pilihan raya.

Sudah tentu, jika SPR tiada apa yang mahu disembunyikan, dan jika ia benar-benar ikhlas untuk memperkukuhkan demokrasi dan pilihan raya, mereka sepatutnya menjemput negara yang berkedudukan lebih tinggi dari Malaysia dalam Indeks Demokrasi.

Indeks Demokrasi oleh Unit Kebijakan The Economist telah mengukur tahap demokrasi di 167 negara, dari mana 166 adalah negara berdaulat dan 165 adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

NEGARA KEDUDUKAN KATEGORI
Malaysia 59 demokrasi pincang
Indonesia 68 demokrasi pincang
Thailand 107 rejim hibrid
Myanmar 120 autoritarian
Cambodia 124 autoritarian

Walau bagaimana pun, setiap negara yang SPR telah jemput punya kedudukan yang lebih rendah dari Malaysia. Malah, selain Indonesia yang berkongsi kategori ‘demokrasi pincang’ dengan kita, Thailand dikelaskan sebagai ‘rejim hibrid’, dan lebih teruk lagi Myanmar dan Kemboja kedua-duanya ialah rejim ‘autoritarian’.

Indonesia dan Thailand paling hebat pun sehanya setahap dengan Malaysia dalam kredibiliti sistem pilihan raya mereka. Myanmar dan Kemboja tidak akan membawa sebarang nilai tambah kepada sistem pilihan raya Malaysia- sekiranya system pilihanraya mereka diguna sebagai petanda kepada tahap kepakaran mereka.

Mengapa tidak menjemput negara yang kedudukan 19 tertinggi yang dikelaskan sebagai ‘demokrasi penuh’ untuk memerhati pilihan raya kita? Ada apa yang hendak disembunyikan dari negara rakan yang lebih demokratik? Mengapa kita tidak belajar dari mereka yang berkedudukan lebih baik dari kita?

Pemerhatian pilihan raya sepatutnya adalah kebiasaan, bukan keistimewaan. Lumrahnya begitu kepada kebanyakan negara yang demokrasi penuh atau mereka yang bertekad bergerak ke arah pendemokrasian yang lebih jauh. Jelasnya SPR sememangnya tidak berminat untuk diperhatikan oleh mereka yang lebih pakar. Lebih jelas lagi yang ia tiada niat langsung untuk memperbaiki piawaiannya.

Jenis pemerhatian pilhan raya yang disebut di sini, bukanlah jenis yang diizinkan oleh rejim pemerintah. Dalam pilihan raya umum yang lalu, pemerhati hanya diberi izin untuk memerhati dalam kawasan yang sangat terhad di sekitar Kuala Lumpur dan dalam rangka masa yang sangat terhad, sekitar beberapa hari sebelum dan semasa hari membuang undi.

Rejim BN juga terlalu memilih dalam siapa yang dibenarkan untuk ke sini untuk memerhati. Badan berprestij dan berpengalaman, kebanyakan pakar yang memang berminat untuk memerhati pilihan raya telah dinafikan; sebahagian telah dihalau pulang ke negara masing-masing.

Pemuda Harapan mendesak BN dan SPR untuk mengeluarkan jemputan tanpa sekatan yang terbuka kepada semua negara demokratik, selain badan pemerhatian pilihan raya antarabangsa yang ternama untuk memerhati pilihan raya yang amat penting ini.

Tunjukkan kepada dunia yang kerajaan BN dan SPR tiada apa yang mahu disembunyikan. Sehingga itu berlaku, kita akan tahu realitinya adalah bertentangan – mereka punya segalanya untuk disembunyikan.