Saya pelik dengan kenyataan tidak bijak yang dibuat oleh MP Kuala Nerus, YB Khairuddin Aman Razak. Apabila beliau menyatakan bahawa satu undi untuk Harapan satu untuk DAP. Betul apa yang dikatakan oleh beliau itu, satu undi untuk Harapan adalah satu undi untuk DAP, PKR, PPBM, AMANAH. Hal ini kerana Pakatan Harapan merupakan satu gabungan kerjasama parti-parti politik. Begitu juga, dengan PAS dengan gabungan Gagasan Sejahtera mereka.
Saya kira PAS kini sudah ketandusan idea apabila mereka mula menggunakan skrip UMNO sesuatu masa dahulu sebelum mereka ada fahaman sedondon. Antara skrip UMNO dahulu adalah satu undi untuk PAS adalah satu undi untuk DAP. Tidak terkejutlah, setelah tidak ada lagi hubungan politik mereka mula menyerang kami.
Pakatan Rakyat sudah tiada lagi, justeru undi yang akan diberikan kepada DAP dan Pakatan Harapan sudah pasti tidak akan pergi kepada PAS.
Undi yang diterima oleh PAS dahulu atas kerjasama dengan parti DAP. Ia membolehkan PAS memenangi kerusi yang lebih terutamanya di Negeri Selangor. PAS jangan berangan akan mendapat jumlah undi dan kerusi yang sama seperti PRU ke 13 yang lalu.
PAS katanya berjuang demi Islam, namun bukan perjuangan islam yang dibawa tetapi penyerangan semua pihak yang tidak bersetuju atau bersehaluan dengan mereka. Hatta, PAS tidak mengendahkan sebarang pendapat daripada sesiapa pun termasuk daripada golongan akademik di luar parti PAS.
DAP secara konsisten akan sentiasa akur akan Perlembagaan Persekutuan dan juga kedudukan Islam dan Melayu seperti yang termaktub di Perlembagaan Persekutuan.
Fitnah terhadap DAP atas kedudukan islam di Pulau Pinang adalah dosa besar dalam Islam. PAS harus sedar diri sendiri sebelum menabur fitnah terhadap pihak lain. Dahulu mereka yang memuji pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kini lain pula ceritanya.
Jumlah kes HIV adalah tertinggi di negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS. Pimpinan PAS harus mula menilai dengan sendiri ‘pentadbiran islam’ mereka dan berhenti menyalahkan negara Thailand.
Dari dahulu lagi PAS tidak menunjukkan prinsip bersama dalam keputusan politik semasa dalam Pakatan Rakyat. Di antara contoh-contoh pengkhianatan PAS adalah:
- pertembungan 3 hala di kerusi Kota Damansara di Selangor walaupun wujudnya Pakatan Rakyat pada PRU lalu.
- menggunakan alasan perkauman semasa DAP berhasrat untuk memperkasakan demokrasi dengan mencadangkan pilihanraya kerajaan tempatan.
- cadangan Dr Zuhdi untuk bekerjasama dengan UMNO untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor dengan menggulingkan Pakatan Rakyat pada tahun 2014.
Kerjasama di antara PAS dan UMNO atas alasan ‘perpaduan ummah’ atau ‘politik matang’ adalah alasan yang bodoh digunakan oleh PAS. PAS patut dibubarkan supaya ahlinya boleh memasuki UMNO.