Baru minggu ini, telah ada dua kes perkauman oleh dua menteri UMNO yang menunjukkan belang sebenar mereka melalui kenyataan-kenyataan mereka yang mengarut.
Kita telah menyaksikan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid secara tidak berasas dan jijik-nya menuduh komuniti Kristian dengan konspirasi untuk memecahbelahkan Melayu, dan dalam nada yang sama, mengaitkan Kristian dan penganut Yahudi sebagai berpakat. Ini bukan sahaja ketaksuban; malah ini adalah satu penghasutan jelas kepada kebencian agama.
Dalam minggu yang sama, kita dengar Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan rancangan untuk membina kompleks niaga elektronik khas untuk kaum tertentu, bahkan merujuk ia sebagai “Low Yat 2” dengan 100 peratus peniaga Melayu. Apabila dikritik, beliau menunjuk sikap bahawa beliau benar-benar rasis, bukan sahaja terhadap kaum lain malah terhadap Melayu sendiri.
“Kerana Melayu mungkin tidak mampu menyewa dalam kompleks yang lain, atau menyewa kedai disebabkan mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi, itulah sebab kenapa Mara menyediakan Arked Mara, yang sangat murah, untuk Melayu berniaga.”
Respon beliau diatas seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 13 Ogos 2015
Pertamanya, memukul rata bahawa semua Melayu tidak mampu menyewa dalam kompleks membeli-belah adalah prejudis yang tidak berasas, jika beliau ikhlas mendakwa sedemikian. Walau bagaimanapun, saya yakin beliau berkata demikian semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen “Melayu Dimangsakan” yang didongengkan UMNO. Seperti biasa, DAP yang berbicara untuk semua rakyat Malaysia adalah kambing hitam pilihan menteri tersebut, walaupun rakan parti UMNO yang berasaskan kaum, yakni MCA, sendiri yang menyerang beliau sementara masih kekal sekatil dengan mereka sebagai rakan sebarisan.
Keduanya, cadangan itu sendiri untuk mana-mana ruang awam digunakan secara esklusif dan mutlak kepada satu kumpulan etnik bukan sahaja memecahbelahkan, ia bukan semangat Malaysia. Apabila cadangan mengarut ini dikaitkan dengan Low Yat (tanpa mengira tempat atau insiden kerana luka masih belum sembuh), ia sangat jelas pengumuman menteri tersebut tidak lebih daripada permainan murah dengan mengaitkannya dengan perkataan berbau perkauman.
Ketiga, kenyataan menteri tersebut yang mendah-rendahkan komuniti Melayu menunjukan pemikiran elit penjajah dalam kalangan pemimpin UMNO BN. Hulubalang UMNO, seperti menteri tersebut, kebanyakannya adalah generasi kedua atau ketiga pewaris suku feudal politik, yang juga mewarisi pemikiran pecah dan perintah kaum dan kelas oleh penjajah Inggeris.
Para elit UMNO ini sama ada tidak mampu atau tidak mahu memahami bahawa konsep Melayu yang bukan kelas elit, sebagaimana kumpulan etnik Malaysia lain dari kelas bawahan, mampu membentuk gerakan sosial mereka sendiri untuk memecah tembok kelas, apatah lagi tembok perkauman.
Kita mesti sedar bahawa perkauman bukan sahaja terhad kepada diskriminasi ke atas kumpulan etnik yang lain; ia juga apabila seseorang itu prejudis terhadap kaumnya sendiri. Hanya kerana pandangan prejudis terhadap Melayu itu dilafazkan oleh seorang Melayu, ia tidak bermakna pandangan itu okey. Ridhuan Tee adalah misalan yang terbaik dalam hal ini tetapi sekurang-kurangnya beliau adalah badut tanpa kuasa. Tampaknya, kita ada seorang “Ridhuan Tee” yang diam-diam, memegang amanah politik antara tertinggi di negara ini.
Sebagaimana yang kita tahu sebetulnya, komuniti Melayu yang berkeyakinan dan kuat azamnya yang bebas dari ancaman palsu “Hantu Raya Bukan Melayu” oleh UMNO, adalah kiamat buat UMNO; sebagaimana untuk orang asal kepada parti-parti tempatan anti-Malaya di Sabah dan Sarawak, cina kepada MCA dan india kepada MIC.
Ia semakin jelas, perjuangan parti berasaskan kaum seperti UMNO, MIC dan MCA adalah berdasarkan pandangan prejudis perkauman yang mendalam terhadap kaum bawahan yang terdiri daripada kaum yang didakwa diwakili oleh mereka.
Natijah realiti yang mengerikan ini berdiri di hadapan kita hari ini. Di sebalik enam dekad kemerdekaan, naratif berkas penjajah tentang kelas dan struktur sosial pemisahan kaum yang dipaksakan ke atas kita menjadi berpengaruh lebih-lebih lagi sekarang. Kali ini, kita tidak ada penjajah elit Inggeris untuk disalahkan; ia adalah pengkhianatan terhadap perjuangan penubuhan negara ini oleh elit politik UMNO dan MCA hari ini yang kita ada untuk persalahkan.
Paling menakutkan daripada semua di atas, ialah kita punya elit-elit tersebut sebagai menteri memerintah negara kita; apatah lagi kebencian, perkauman, ketuanan agama, esklusivisme dan chauvinisme sebagai rujukan dalam pembentukan dasar negara. Atau sekurang-kurang sehingga pilihan raya umum akan datang.
Politik identiti, sama ada melalui kaum atau agama tidak semestinya secara pelahan, tetapi secara pastinya akan mereputkan negara kita daripada teras politiknya. Langkah pertama untuk merawat reputan kanser ini, ialah dengan membersihkan sistem politik daripada politik berasaskan kaum; dan mana ada tempat yang lebih baik untuk bermula melainkan kita menghapuskan parti berasaskan kaum seperti UMNO, MIC dan MCA melalui peti undi.