Skip to content

Kenyataan media ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng pada hari Khamis, 30 Mei 2024

1. Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan media atas laporan mengenai “tokoh agama Islam” atau agamawan Islam yang melakukan jenayah adalah sangat tidak wajar, memandangkan kebanyakan media di Malaysia hanya menjalankan tugas mereka sebagai Kuasa Keempat untuk menyediakan maklumat yang dipercayai oleh rakyat.

2. ⁠Selain itu, pendedahan jenayah oleh media boleh menghalang lebih ramai orang, terutamanya kanak-kanak, daripada menjadi mangsa baru.

3. Hadi dan PAS pernah menjadi Kerajaan Pusat selama 33 bulan. Pada masa itu adakah PAS mengawal dan menghalang media daripada melaporkan hal-hal yang benar walaupun pahit? Adakah Hadi dan PAS telah melindungi dan membenarkan pelaku tersebut, sama ada mereka ada gelaran agama atau tidak, dan membenarkan mereka meneruskan aktiviti jenayah mereka?