Skip to content

Kenyataan media Ahli Parlimen Segambut pada 16 Januari 2015

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu telah selesai berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Namun masih banyak persoalan yang belum terjawab. Antaranya termasuklah persoalan mengenai wajah dua pembunuh ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga pihak berkuasa penjara wajar memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang pesalah yang bagaimana yang menikmati keistimewaan untuk diselindung identiti sebenarnya oleh pihak berkuasa daripada orang ramai dan pihak media.

Apa sebab pihak berkuasa begitu gigih menyembunyikan wajah dua pembunuh kejam ini pada setiap kali mereka muncul di mahkamah sehinggalah setelah disabitkan bersalah?

Ketua Polis Negara juga mesti memberi jaminan bahawa dua gambar Azilah dan Sirul yang dikeluarkan Bukit Aman semalam bukannya diambil sepuluh tahun lalu, sewaktu kejadian pembunuhan kes itu.

Orang ramai perlu tahu bagaimana rupa mereka sekarang supaya mereka terserempak dengan dua pembunuh ini tahu apa yang telah mereka berdua lakukan kepada seorang wanita yang tidak berdosa dan boleh membantu pihak polis sekiranya Sirul menyelinap pulang ke Malaysia.

Ini juga membolehkan rakyat Malaysia di Australia untuk membantu menyedarkan orang awam dan pihak berkuasa Australia tentang kewujudan seorang pembunuh di kejiranan mereka.

Dan adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menulis
surat
kepadakerajaan Australia untuk memaklum dan mengesahkan bahawa Sirul adalah seorangpembunuh yang telah disabitkan kesalahan dan merupakan orang yang dikehendakinegara, serta memohon supaya pihak berkuasa Australia segera mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia?