Datuk A. Kohilan Pillay, bekas timbalan menteri luar dan juga naib presiden Gerakan dilaporkan telah dilantik sebagai duta khas ke kawasan Asia Tengah.
Saya harus menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan (withhold) pelantikan ini dan tidak mengumumkannya esok dalam pengumuman beliau mengenai penstrukturan semua Belanjawan 2015 ekoran kejatuhan harga minyak dan kesannya terhadap anggaran perbelanjaan negara.
Di saat nilai ringgit sedang menurun dan lemah, serta kejatuhan harga minyak, saya hairan bagaimana Kerajaan Barisan Nasional masih sanggup berbelanja besar dalam pelantikan duta khas yang langsung tidak diperlukan ini.
Malah bukan sahaja itu, Najib juga sewajarnya membatalkan beberapa pelantikan duta khas lain, termasuk bekas president MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan juga bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, dalam rangka menjimatkan dana pembayar cukai pada ketika negara sedang berhadapan ekonomi yang tidak menentu.
Penstrukturan semula Belanjawan 2015 sepatutnya mengurangkan perbelanjaan dan memotong peruntukan yang tidak perlu, dan bukannya menambah peruntukan untuk hal-hal yang tidak penting.