Permohonan maaf atas tanggapan campurtangan dalam Hal-Ehwal Islam
Saya merujuk kepada kenyataan media saya bertarikh 28hb Disember 2023 di mana saya mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam yang merupakan pakar perlembagaan dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan. Saya menjangkakan proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambilkira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat.
Sehingga ia dijelaskan baru-baru ini, saya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, oleh itu saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati.
Saya tiada niat langsung untuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam.