Di bawah titah sultan, sebuah mesyuarat khas secara maya antara ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Johor telah diadakan pada 27 Mei yang lalu. Mesyuarat tersebut membincangkan berkenaan Anti-Wabak COVID-19 di negeri Johor.
Mesyuarat tempoh hari hanya sempat menghabiskan dua daripada empat agenda. Selain itu, sesi perbincangan juga tidak sempat dilakukan dan membenarkan barisan YB untuk memberikan pandangan masing-masing. Empat agenda yang sepatutnya dibentangkan adalah:
- Situasi wabak semasa di Johor;
- Pasukan Petugas Khas Imunisasi Johor (CITF);
- Prestasi ekonomi Johor terkini;
- Dasar fiskal dan pakej sokongan ekonomi Johor pada tahun 2021.
Maka, adalah lebih sesuai untuk memanggil mesyuarat kali kedua bagi menghabiskan agenda-agenda tersebut.
Memaklumkan juga kepada wakil rakyat tentang perkembangan terkini. Contohnya pembelian vaksin COVID-19 dari Singpura seperti yang dikatakan oleh Menteri Besar Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad. Kerajaan negeri berhasrat membeli sebanyak 500,000 dos suntikan vaksin yang mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kegunaan 250,000 penerima.
Dokumen iaitu slide presentation harus diagihkan kepada peserta mesyuarat sebelum mesyuarat dijalankan bagi memperolehi masa yang mencukupi untuk sesi pertanyaan dan perbincangan.
Saya berharap pendapat ini dapat dipertimbangkan dan agar mesyuarat dapat dipanggil sekali lagi demi membincangkan kesemua agenda dan perolehi masa yang mencukupi. Dengan ini, negeri Johor akan dapat menangani isu wabak COVID-19 dengan lebih efisien.