Skip to content

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pada 22/9/2025

Berhubung isu penduduk, peniaga dan pengusaha kilang di Jinjang Selatan Tambahan yang diarahkan mahkamah berpindah esok, saya telah berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan. Hasil perbincangan, dipersetujui bahawa tiada tindakan meroboh rumah, kedai atau kilang akan dilakukan esok.

Tindakan undang-undang yang mungkin diambil oleh penyewa tanah tersebut, kita akan tunggu dan lihat perkembangannya.

Persoalan asas tetap sama: adakah kira-kira 30 hingga 40 keluarga dan peniaga ini pernah memohon untuk menyewa rumah kos rendah kerajaan, atau mereka hanya menunggu kerajaan datang mencari mereka? Tanah ini adalah hak kerajaan dan milik bersama seluruh rakyat — bukan untuk diwarisi atau disewakan oleh segelintir keluarga.