Menyedari bencana banjir di Semenanjung Malaysia semakin serius & jumlah bilangan mangsa telah melebihi 230,000 orang setakat hari ini dan setelah melawat kawasan2 banjir, DAP Perak hari ini melancarkan misi bantuan kemanusiaan terkini seperti berikut :
- Menubuhkan 6 pusat pengutipan bahan-bahan bantuan kemanusiaan di ibu pejabat DAP negeri & 5 lagi pusat khidmat wakil rakyat dengan serta merta. (Butir-butir seperti dalam lampiran)
- Mengerahkan semua wakil rakyat 6 Ahli Parlimen & 18 ADUN bersama sukarelawan DAP melawat kawasan Banjir dalam Negeri Perak khususnya kawasan Kampung Gajah & Gunung Semanggol yang dianggap paling serius dilanda banjir; pasukan bantuan ke Kg Gajah akan diketuai oleh saya bersama YB V Sivakumar & pasukan ke daerah Kerian akan diketuai oleh YB Teh Kok Lim & YB Loh See Yee.
- Mengedarkan bantuan kemanusiaan seperti selimut, batik, pakaian, air mineral & makanan ke kawasan banjir mulai pagi 31/12/14.
- melancarkan tabung bencana banjir dengan segera dan DAP Perak selain bantuan dalam bahan akan menderma RM10,000 untuk tujuan tersebut, sebagai pengerusi negeri & Ahli Parlimen Taiping, saya akan menderma gaji Ahli Parlimen saya untuk bulan ini untuk tujuan tersebut.
- Menyedari jumlah bilangan mangsa banjir dalam negeri Perak telah melebihi 7,000 orang & melibatkan 1,370 keluarga, DAP Perak meminta supaya satu sidang khas DUN Negeri diadakan untuk membahas rancangan mencegah banjir serta meluluskan bantuan khas kepada keluarga mangsa-mangsa banjir pada minggu pertama Januari, 2015. Sidang DUN khas ini adalah penting supaya semua pihak demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya mahupun fahaman politik dapat bersatu menghadapi bencana banjir ini yang dianggap paling serius sejak tahun 1971.