Kami tidak dapat memghubungi Sdr Loo Why Leong dari petang semalam hingga kini. Mengikut kenyataan beliau sebelum ini, beliau menafikan tuduhan tentang penglibatannya dalam ugutan terhadap Ketua polis daerah. Oleh itu DAP Pahang akan serah perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan
Negara Malaysia ialah negara yang menjunjung prinsip ‘Rule of Law’, seseorang tidak boleh menggunakan identitinya atau sebarang jua pendekatan untuk memeras ugut mana-mana pihak. Sesiapa pun tidak boleh melampaui undang-undang, dan mereka yang melanggar undang-undang harus dikenakan hukuman yang setimpalnya.
Sebelum siasatan kes ini selesai, diharap semua jangan memberikan komen, kerana ini adalah tidak adil bagi kedua-dua pihak.
Jawatankuasa DAP Pahang akan membincangkan pengendalian perkara ini pada mesyuarat akan datang.