Saya telah membuat laporan polis di IPD Kluang pada jam 10.00 pagi berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri yang menyeru supaya orang Melayu boikot peniaga Cina dalam laman media sosial Facebook beliau.
Kenyataan Ismail Sabri yang tersebut adalah tidak bertanggungjawab khasnya pada kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin negara. Kenyataan tersebut akan merosakkan keharmonian antara kaum di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Jelaslah kenyataan tersebut dilontarkan semata-mata sebagai silap mata untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada bertumpu kepada kelemahan kerajaan Barisan Nasional dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri memainkan peranan penting dalam menentukan susah atau senang jutaan rakyat Malaysia. Akan tetapi, beliau gagal dalam menunaikan tanggungjawab beliau.
Beliau gagal dalam menaikkan pendapatan dan mutu hidup kaum nelayan dan petani. Secara umumnya, golongan petani dan nelayan terdiri daripada majoriti orang Melayu. Pendapatan mereka masih sangat rendah dan tidak menentu. Walaupun setiap tahun di bawah Kementarian Pertanian dan Industri Asas Tani, jutaan ringgit diperuntukkan untuk pelbagai agensi dan projek pembangunan pertanian, golongan petani dan nelayan tidak dimanfaat sepenuhnya dan hidup mereka masih susah. Walaupun harga ikan, sayur, dan padi semakin mahal keuntungan tersebut tidak mengalir ke petani dan nelayan biasa. Pernahkah pihak kerajaan terutamanya kementerian yang bertanggungjawab dalam isu ini mengkaji punca masalah ini dan menyelesaikannya?
Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga gagal menstabilkan harga makanan di pasaran dan mempelbagaikan bekalan makanan di negara kita. Malaysia masih import beras, ikan, sayuran dan banyak lagi jenis makanan asas dari negara jiran. Teradapat ramai petani di negara kita masing-masing terdiri daripada Melayu, Cina, India, Iban yang merupakan petani dari semua kaum yang bijak, rajin dan berinovasi. Bagaimanapun, sektor pertanian Malaysia kurang maju, apakah puncanya? Kenapa kita masih perlu bergantung pada import yang mengakibatkan harga barang mahal? Kerajaan seharusnya memikul tanggungjawab terbesar dalam isu ini khususnya Menteri Pertanian. Kita perlu ingat bahawa projek National Feedlot Corporation yg berhasrat mempertingkatkan pengeluaran daging lembu supaya rakyat dapat menikmati daging yg bermutu dan ekonomikal. Malangnya, projek lembu ini akhrnya ditimpa skandal.
Jika dilihat melalui kaca mata perkauman, semua perkara ataupun kegagalan boleh kita salahkan orang Cina, orang Melayu, dan sebagainya. Bagaimana pun, saya menggesa rakyat berfikir dan merenung, adakah Menteri Ismail Sabri mengambil sikap sebegitu kerana beliau ingin mengalihkan kemarahan rakyat terhadap dasar pertanian kerjaan yg tidak berapa berhasil?
Kita semua rakyat Malaysia, tanpa kira kaum dan agama, tanpa makanan kita lapar tidak bermaya. Beras mahal kita semua merungut.
Saya meminta Menteri fokuskan usaha pada pertingkatkan hasil pertanian, naikkan pendapatan dan mutu hidup petani dan nelayan. Malaysia tidak kurang dengan pakar yang cerdik, petani yang tekun, tetapi selagi menteri dan pemimpin kerajaan mengambil pendekatan sempit, kita akan terus bersengsara.