Saya meminta statistik jumlah perdagangan secara langsung atau tidak di antara Malaysia dan Israel semenjak dari tahun 1996 sehingga kini. Menteri tidak memberikan jawapan sebaliknya hanya menerangkan mengapa kewujudan hubungan perdagangan ini. Menteri telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila jawapan yang diberikan adalah sangat tersasar dan tidak menepati soalan asal.
Jika Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai statistik tersebut, apakah ini bermaksud setiap produk yang dari dan ke Israel tidak direkodkan atau tidak mengikut prosedur standard sehinggakan Kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengetahui jumlah perdagangan Malaysia dan Israel.
Media Times of Israel dalam satu artikel bertarikh 14 September 2014 bertajuk “Malaysia favors Palestinians but buys from Israel” telah mendedahkan bahawa “By contrast, Malaysia’s foreign trade figures don’t carry any mention of Israel at all. In its annual data for 2012, for instance, trade with Israel is included in an entry for “Other Countries. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah berlaku telus untuk mengeluarkan angka-angka tersebut sebaliknya hanya meletakkan ke ruang Lain-Lain Negara. Artikel tersebut boleh dilayari melalui http://www.timesofisrael.com/malaysia-favors-palestinians-but-buys-from-israel/#ixzz3GEpwQeWJ
Seterusnya, Mengapakah Speaker boleh mengarahkan Menteri untuk tidak menjawap soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen. Ini bukanlah amalan baik untuk sistem Parlimen ala Westminster. Saya maklum bahawa Menteri mempunyai hak untuk tidak menjawap namun ia bukanlah dengan bersandarkan kepada arahan daripada Speaker. Ini menunjukkan kecelaruan bidangkuasa di antara Legislatif dan Eksekutif.
Kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan kepada Syarikat Multinasional yang berdagang dengan Israel juga menunjukkan kelemahan dan sikap Kerajaan Persekutuan yang sering tunduk kepada Syarikat Konglomerat. Apakah syarikat-syarikat ini lebih tinggi daripada undang-undang dan dasar luar Negara.