Skip to content

Keputusan negatif, terus doakan frontliners dan mereka yang dijangkiti supaya cepat sembuh

Pagi ini, saya telah ke Klinik Kesihatan Jalan Perak untuk menjalani ujian saringan sebagaimana dikehendaki selepas tempoh kuarantin sejak Ahad, 25 Julai 2021.

Saya telah menerima berita baik bahawa keputusan ujian adalah negatif.

Atas arahan dan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), saya boleh menamatkan tempoh kuarantin pada hari ini juga.

Pandemik COVID-19 telah membawa impak begitu besar dan kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan kita semua terlindung daripada semua ancaman.

Saya dengan ini mendoakan rakyat yang dijangkiti virus ini supaya cepat sembuh.

Marilah kita berganding bahu bekerjasama serta menyuntik sokongan kepada barisan frontliners kita dalam memerangi pandemik ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) termasuk di Pulau Pinang masih berjalan dengan mencatatkan kemajuan yang baik. Kita yakin bahawa setiap orang yang mendaftar di negeri ini akan menerima suntikan dos vaksin pertama selewat-lewatnya pada awal bulan September dan lengkap dos kedua, Oktober 2021.