Skip to content

Kerajaan BN/UMNO sepatutnya menjelaskan adakah kenaikan kadar tol EDL satu tindakan balas dendam terhadap kenaikan kadar VEP Singapura

Tindakan sebahagian pemimpin UMNO yang mengelirukan rakyat Johor di antara isu kenaikan kadar tol EDL dan pelaksanaan VEP (Permit Masuk Kenderaan) amat tidak bertanggungjawab. VEP adalah sistem permit mengutip bayaran dari kenderaan asing, manakala kenaikan kadar tol EDL menjejaskan semua pengguna jalan termasuk warga Malaysia yang memandu kereta Malaysia.

Tol EDL bukan VEP dan tidak boleh dianggap sebagai VEP kerana tol EDL mengutip bayaran dari semua orang termasuk rakyat Malaysia yang menggunakan CIQ.

Pertama, bayaran tol EDL tidak sepatutnya dikutip sebab EDL adalah lebuhraya dibina dengan duit rakyat. Lebuhraya EDL menyambungkan Lebuhraya Utara Selatan dan Kompleks CIQ Johor Bahru sebenarnya dibina oleh Syarikat MRCB yang dimiliki oleh KWSP dan Tabung Haji dengan saham 38.87% dan 8.85% masing-masing.

Selain‎ daripada itu, parti UMNO/BN janji dalam pilihanraya umu ke-13 bahawa, pengguna EDL tidak akan dikutip bayarab tol. Maka, kerajaan UMNO/BN perlu menjelas adakah ini satu lagi “janji dicapati”

Kedua, ramai yang membayar tol EDL di Kompleks CIQ tidak menggunakan EDL, maka mereka mengguna Jalan Lingkaran Dalam, satu Jalan negeri yang menyambung CIQ dengan pusat bandaraya.

Malangnya, semua pengguna CIQ kecuali penunggang motosikal terpaksa membayar tol EDL kononnya bayaran tol ini adalah bayaran penggunaan CIQ. Semua pengguna tidak kira kewarganegaraan dan kenderaan yang mereka gunakan terpaksa membayar kadar tol yang tinggi.

Oleh demikian Kerajaan BN/UMNO sepatutnya menjelas adakah kenaikan kadar tol EDL satu, tindakan balas dendam terhadap kenaikan kadar VEP Singapura.

Kalau kerajaan BN/UMNO ingin mengutip bayaran dari kenderaan Singapura memandangkan sejumlah besar yang mengguna kemudahan kita tanpa bayar sebarang cukai atau caj, kerajaan seharusnya melaksanakan VEP yang mengutip bayaran dari kenderaan asing sahaja.

Kenaikan kadar tol EDL terbaru ini adalah rompakan yang dilakukan oleh kerajaan BN/UMNO dan kroni-kroni mereka. Kepentingan rakyat Malaysia terjejas, pendapatan boleh guna terus dikurangkan.

Saya mendesak pihak kedua-dua negara membuat rundingan segera agar menyelesaikan masalah yang menjejaskan kehidupan warga Malaysia dan Singapura yang banyak bergantung pada trafik sempadan. Saya ingin mengingatkan kerajaan BN/UMNO bahawa pelaburan wilayah Iskandar akan terjejas sekiranya tindakan yang sesuai tidak diambil.

Masalah yang kita hadapi sekarang tidak sepatutnya timbul sekiranya kedua pihak negara pernah memaklumkan antara satu sama lain. Kerajaan persekutuan Malaysia dan kerajaan Singapura mesti menjelaskan bahawa pernahkah mereka membuat rundingan tentang isu lalu lintas sempadan.