IPOH TIMOR : PEMBANGUNAN REE MALAYSIA BAKAL
- MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN GLOBAL KEPADA PELAKU OLIGOPOLI REE;
- PELBAGAIKAN RANTAIAN BEKALAN TEKNOLOGI TINGGI YAKNI KURANGKAN KETEGANGAN GEOPOLITIK; DAN
- PANCARKAN KEDUDUKAN MALAYSIA SEBAGAI KUASA PERTENGAHAN DUNIA.
TIGA KEBIJAKAN & TINDAKAN:
- DIVERSIFIKASI;
- PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN ALAM SEKITAR;
- PENGLIBATAN KOMUNITI TEMPATAN.
TIGA PERSOALAN FUNDAMENTAL DAN STRATEGIK:
- PEMUSATAN KUASA KEPADA NEGERI ATAU PEMBANGUNAN SAMA-SAMA DENGAN UNDANG-UNDANG BARU?
- PEMBIAYAAN SUMBER MAKLUMAT; TANGGUNGAN KERAJAAN ATAU INDUSTRI?
- DILEMMA REE MENTAH ATAU PUN TAMBAH NILAI?
Hari ini, kita berada di ambang pengekploitasian besar-besaran simpanan elemen nadir bumi (REE) yang cukup lumayan. Di persimpangan ini, landskap global elemen nadir bumi sudah pasti dikepong dengan sensitiviti geopolitik dan implikasi ekonomi. Untuk menanganinya, kita perlu bertindak dengan cermat supaya risikonya dikelola dan manfaatnya diperluas dengan bijaksana.
Tahniah atas halatuju yang jelas yang termaktub dalam KSP RMK. Saya ingin menampilkan sedikit cadangan dan peringatan.
Pengekstrakan ekonomi REE ini bukanlah semudah yang kita sangka. Beberapa negara sahaja yang bertuah untuk mengelola ekonomi REE ini dek kerana modal kewangannya yang besar, dan keperluan teknologinya yang tinggi. Pemusatan, monopoli, oligopoli ini menyebabkan ketegangan geopolitik yang signifikan. Negeri Cina, contohnya kadang-kadang menggunakan status oligopoli ini sebagai alat diplomatik untuk hadkan eksport, atau manipulasi harga.
Di Malaysia, implikasi geopolitik REE ada tiga lipatan. Apabila kita bangunkan REE, Malaysia berpotensi (1) mengurangkan kebergantungan global, (2) mempelbagaikan rantaian bekalan dengan hasrat mengurangkan ketegangan geopolitik global, dan (3) memancarkan pendirian serta kedudukan kita sebagai global middle power.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga lipatan ini ada cabarannya yang tersendiri. Malaysia berpotensi menjadi sasaran tekanan ekonomi dan tekanan diplomatik daripada pengeluar utama yang sedia ada.
Pengendalian REE ini berkait rapat dengan risiko alam sekitar. Bahan kimia untuk pemprosesan REE mendatangkan bahaya jika dilakukan secara tidak cermat. Komuniti tempatan nanti berpotensi berdepan risiko kesihatan. Insiden Bukit Merah pada tahun 1980-an telah mengajar kita tentang realiti pengendalian bahan radioaktif.
Potensi ekonomi REE ini tidak dinafikan, adalah amat signifikan. Smartphone, electric vehicle; semuanya boleh berfungsi disebabkan REE. Hal tersebut membuka peluang untuk kita merubah paradigma ekonomi kita secara besar-besaran.
Maka, saya cadangkan 3 cadangan dasar dan tindakan, dan 3 soalan fundamental dan strategik untuk memandu Malaysia ke depan:
DIVERSIFIKASI. Biarpun REE ada potensi, kita tidak perlu terlalu bergantung sepenuhnya. Asas ekonomi Malaysia perlu diperbanyak supaya risiko ketidakstabilan harga dan ketegangan geopolitik dapat ditangani.
PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN ALAM SEKITAR. Hal ini bukan sahaja membantu melindungi alam sekitar, tetapi ia boleh menjadi titik jualan. Kita boleh pamerkan Malaysia bijak mengendali pengekstrakan dan pemprosesan, secara mesra alam.
PENGLIBATAN KOMUNITI TEMPATAN. Pembuatan keputusan perlu mengambil kira suara komuniti tempatan. Hak dan kebimbangan mereka perlu diambil kira ke dalam kelestarian industri ini. Sikap angkuh “Government knows better, knows more, knows all.” perlu kita jauhi. Daripada 100 ribu orang, apa gunanya jika 10, 000 orang rasa manfaat REE, tetapi 90 000 orang yang lain TIDUR TAK TENANG kerana memikirkan radiasi tiap-tiap malam?
PELABURAN DALAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN. Dengan prinsip ini, kita boleh kekal relevan, kekal di hujung industri, membolehkan Malaysia menangkap lebih banyak rantaian nilai industri dan sentiasa kompetitif.
PEMBIAYAAN SUMBER MAKLUMAT. Keputusan data dan kajian sering dijadikan alat untuk mengawal mineral kritikal ini. Apabila ada pihak berkepentingan membiayai sebuah penyelidikan, mereka memberi tekanan kepada kerajaan untuk membuat strategi dan keputusan berdasarkan data-data ‘manufactured consensus’ yang mereka sendiri biayai. Jika kita terlalu bergantung mereka, mudah saja kepentingan negara diperjudikan. Maka, kita tanganinya dengan membiayai sendiri penyelidikan kita, membiayai sumber maklumat sendiri.
DILEMMA REE MENTAH ATAU PUN TAMBAH NILAI. Menjual REE mentah yang mendatangkan kerugian, memang mempunyai asas pendiriannya; NAMUN, conventional wisdom ini tidak semestinya tepat. Kos pemulihan hutan, kos pembersihan pencemaran air bawah tanah: adakalanya sering melebihi pendapatan yang dijana. Kerajaan perlu tahu di mana kita harus berada. Sebenar Korek, terus jual mentah bersamaan dengan rugi= tak semestinya tepat; kerana banyak Royalties Regime boleh dirundingkan:
Net Smelter Return (NSR) Royalties: This is one of the most common forms of royalties in the mining industry. NSR royalties are based on the gross revenue from the sale of the metal/mineral product, minus the costs of smelting and refining. This means that if the mineral is used to produce a refined product, the royalty is calculated on the value of that refined product.
Profit-Based Royalties: These royalties are calculated based on the net profit of the mining operation. This means that after all operational costs are deducted, including processing, refining, and transportation, the remaining profit is what the royalty is based on. If the mineral is used in a product that has a high market value, the profit from that product would be higher, leading to a higher royalty payment.
Value-Based Royalties: These royalties are calculated based on the market value of the mineral or its end product. If a mineral is used in a high-value end product, the royalty would be based on the value of that end product. This allows mine owners to capture value even if the mineral is used in products far down the value chain.
Hybrid Royalties: Some royalty structures combine elements of the above types to ensure that mine owners benefit from the full value chain of the mineral resource. For instance, a royalty agreement might include both an NSR royalty and a profit-based royalty, ensuring that mine owners benefit from both the sale of the raw mineral and any high-value end products it’s used in.
Sliding Scale Royalties: These royalties adjust based on certain benchmarks, such as the price of the mineral or the profitability of the mining operation. For instance, the royalty rate might increase as the price of the mineral increases, ensuring that mine owners capture more value when the mineral or its end products are in high demand.
Downstream Royalties: These are royalties that are specifically designed to capture value from downstream operations, such as refining, processing, or manufacturing. They are based on the revenue or profit from these downstream operations, ensuring that mine owners benefit from the full value chain of the mineral resource.
AGENDA LEGISLATIF DAN RANGKA KERJA KAWAL SELIA YANG KOMPREHENSIF. Malaysia tidak boleh abaikan idea perlombongan REE. Malaysia harus bertindak dengan penuh berhati-hati. Struktur tadbir urus yang kukuh, perundangan bermaklumat, rangka kerja kawal selia komprehensif; semua perlu datang sekali. Sama seperti AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM DAN PETRONAS, keperluan seperti ini adalah jelas menjadi agenda seterusnya.
WE NEED NOTHING LESS THAN A CRITICAL MINERALS AND RARE EARTH ELEMENTS DEVELOPMENT ACT!
Kesimpulannya, Malaysia berada di persimpangan jalan. Jalan yang dipilih sekarang akan menentukan kemakmuran ekonomi, kesihatan, alam sekitar, kedudukan geopolitik negara dalam tahun-tahun yang mendatang. Namun, risikonya juga boleh tahan mencabar. Jika kita mendekati industri ini dengan berhati-hati, berwawasan, berkomitmen, dialun dengan kelestarian dan inklusiviti – Malaysia pasti boleh.
Hasrat kedua saya pada hari ini, adalah untuk merungkai ekstremisme keganasan yang mencengkam sosial dan landskap politik kita; dengan harapan kita dapat buat sesuatu, menggunapakai mekanisme sedia ada untuk menangani budaya perosak ini.
Radikalisasi bukanlah suatu ancaman baharu. Malaysia berdepan dengan radikalisasi, dengan keganasan sejak pada tahun 1960-an dahulu. Namun, pada hari ini, kita disajikan dengan radikalisasi bentuk baharu: EKSTREMISME POLITIK yang diperkukuh lagi oleh radikalisasi online. Kumpulan pelampau menunggang dua elemen ini sambil menggunakan politik identiti untuk meyakinkan penyokong supaya berjuang demi kepentingan politik mereka. Rasa kepunyaan, rasa kebersamaan; sudah cukup untuk menunjal kepala individu-individu supaya melakukan keganasan.
Generasi muda kita ni membesar dengan pelbagai cabaran. Mereka yang paling terdedah. Kita sering dengar cerita begini: seorang anak muda yang dipinggirkan di sekolah, kurang berkawan dan akhirnya buka hati untuk mudah dimanipulasi.
Apabila diajak menghadiri sebuah kempen politik, penceramah beritahu ‘Undi saya, masuk syurga. Tak undi, masuk neraka.’ Di sambungnya lagi, bahawa India Cina nak merampas hak orang melayu, tanah melayu. Penceramah beritahu: agama suruh kita perang semua kafir-kafir ini.
Apabila budak muda ini mendengar, mulalah berderau darahnya. Selama ini hidup tiada matlamat, dan sekarang visinya mahu perang saudara senegara.
Anak muda ini adalah gambaran kepada ramai anak muda yang terdedah di luar sana. Apabila bertikam lidah bersama yang bukan muslim, mulalah berderau darah demi agama dan bangsa. Sedar-sedar, keganasan telah dilakukan; mereka jadi mangsa propaganda ekstremis yang hanya nak pecah belahkan kita semua.
Propaganda ekstremis di Malaysia, pada hemat saya, belum cukup ditangani. Normalisasi radikalisasi ini amat bahaya untuk kita. Kenyataan untuk bunuh orang lain, memenggal saudara senegara, mengasah parang; seolah-olah menjadi suatu norma.
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), di bawah MOFA, giat meningkatkan kecekapan serantau dalam perangi keganasan. Adakalanya, mereka tidak menang tangan. SEARCCT amat arif dalam menjalankan penyelidikan untuk mengukur tahap radikalisasi, ekstremisme, dan keganasan. SEARCCT telah berjaya mengkaji perilaku puak pelampau; menyediakan pihak berkuasa untuk mengenalpasti kecenderungan berlakunya keganasan.
Untuk lebih berjaya, data, kajian, maklumat ini perlu disemai ke semua peringkat. Damage control sahaja tidak cukup. Kita perlu mencegah keganasan.
Demi Malaysia Madani, saya mencadangkan supaya tambahan peruntukan disediakan kepada SEARCCT untuk terus menggalakkan perkongsian berpusatkan pencegahan keganasan, supaya mereka diberi mandat untuk memberikan input berkualiti untuk keharmonian, kestabilan negara Malaysia.