Skip to content

Kerajaan harus memberi jaminan bahawa rakyat boleh merakam serbuan polis dan tarik balik kes pendakwaan terhadap Wong Yan Ke

Saya telah membangkitkan tentang isu rakaman video terhadap pegawai penguatkuasa dalam perbahasan Parlimen mengenai kuasa tambahan untuk pegawai kastam.

Dalam perbahasan saya, saya menyeru kepada Kerajaan untuk memberi suatu jaminan bahawa rakyat boleh membuat rakaman serbuan pegawai penguatkuasa ataupun polis kerana sebelum ini telah banyak berlaku pegawai penguatkuasa menyalahguna kuasa dan melakukan kesalahan dalam operasi penguatkuasaan.

Dalam kes yang melibatkan aktivis mahasiswa Wong Yan Ke, pegawai polis ASP Lee Robert telah melakukan satu kesalahan apabila beliau menghalang Wong daripada membuat rakaman ke atas serbuan pihak polis kerana tindakan tersebut cuba menghalang bahan bukti atas kesalahan yang mungkin dilakukan.

Mantan Presiden UMANY ini adalah ‘conscience of our nation’ dan tidak melakukan perbuatan jenayah , oleh itu kes pendakwaan terhadap beliau harus ditarik balik. Majlis Peguam juga telah nyatakan bahawa ia bukan satu kesalahan untuk merakam mana-mana serbuan yang dibuat oleh pihak berkuatkuasa.

Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Haji Abd Rahim bin Bakri telah menjawab Ahli Parlimen Beruas bahawa tindakan rakaman video oleh mana-mana orang tidak dapat dihalang.