Skip to content

KERAJAAN NEGERI PERLU SEGERA MENANGGUHKAN RANCANGAN ZON BEBAS KENDERAAN

Sejak “Zon Bebas Kenderaan” dijalankan selama 54 jam dan laluan diubah, rakyat mengeluarkan bantahan. Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, menuntut Kerajaan Negeri segera menangguhkan rancangan tersebut, dan mengkaji semula, serta berunding semula selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Sejak Jumaat lepas, bermula pada jam 6 petang, kawasan pusat bandar Melaka telah menjalani tempoh percubaan rancangan zon bebas kenderaan, dan banyak perubahan laluan telah menimbulkan kekeliruan dan ketidakpuasan di kalangan pengguna jalan raya, termasuk warga tempatan dan pelancong dari jauh.

Rancangan zon bebas kenderaan ini jelas memberi kesan negatif kepada peniaga tempatan, penduduk, dan pelancong. Oleh itu, Kerajaan Negeri dan pihak MBMB harus segera menangguhkannya, dan menjalankan kajian semula serta mendengar suara rakyat, sebelum membuat keputusan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Melaka kebanyakannya mendapat kunjungan pelancong pada hujung minggu, dan tiga minggu terakhir tahun merupakan masa waktu puncak bagi peniaga tempatan untuk meningkatkan jualan mereka.

Tetapi Kerajaan Negeri telah menjalankan rancangan zon bebas kenderaan secara tiba-tiba pada puncak musim ini, menyebabkan para peniaga tidak bersedia dan jika Kerajaan tetap meneruskannya, kesan buruk yang bakal terjadi adalah tidak dapat dielakkan.

Ini bukan sahaja tidak memberi faedah kepada industri pelancongan tempatan, malah merugikan peniaga dan menyebabkan pelancong enggan untuk melawat Melaka.

Para peniaga telah secara sukarela memulakan petisyen, berharap Kerajaan Negeri membatalkan rancangan zon bebas kenderaan, ia menunjukkan kesan yang sangat serius terhadap mereka.

Selain itu, kawasan pusat bandar Melaka tidak menambah jalan baru dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, tetapi bilangan kenderaan dałam negeri terus meningkat. Rancangan zon bebas kenderaan turut dilaksanakan di pusat bandar, ia hanya akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas.

Jika berlaku kecemasan di bandar, berapa lama ambulans atau bomba akan mengambil masa untuk sampai ke tempat kejadian? Adakah rancangan zon bebas kenderaan ini memberi kesan kepada operasi penyelamat mereka?

Walaupun konsep zon bebas kenderaan ini adalah baik, tetapi ia harus dilaksanakan di tempat yang betul dan pada masa yang betul, supaya memberi manfaat kepada negeri Melaka.

Oleh itu, Kerajaan Negeri harus mendengar suara rakyat, menangguhkan segera rancangan zon bebas kenderaan ini, dan membuat keputusan yang baru selepas perayaan Tahun Baru Cina.