Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang agar terus bertenang. Kerajaan Negeri komited memantau keadaan semasa dengan rapi bagi memastikan kesihatan serta keselamatan rakyat Pulau Pinang terus terjamin.
Sila patuhi langkah-langkah kesihatan awam sebagaimana disarankan menerusi kempen ‘Penang Lawan COVID-19’ yang dilancarkan hasil inisiatif khas Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari ini.
Marilah kita bersatu-padu dan sepakat ke arah pencegahan wabak COVID-19.
Penang Lawan COVID-19!