Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi kelulusan bersyarat kepada skim kereta api projek LRT bagi jajaran Komtar ke Bayan Lepas.
Kami mengalu-alukan kenyataan daripada Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke hari ini yang mengumumkan kelulusan bersyarat skim kereta api projek LRT Bayan Lepas Pulau Pinang di bawah Seksyen 83 dan 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Berlandaskan kenyataan ini, Kerajaan Negeri akan menunggu surat rasmi daripada Kementerian Pengangkutan untuk tindakan seterusnya termasuk pameran awam.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah komited untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan bagi pelaksanaan projek berkenaan.