Skip to content

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum akan perkembangan terkini berhubung status naik taraf projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan bersedia untuk memberikan kerjasama (sekiranya perlu) dalam memastikan kelancaran projek ini

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum akan perkembangan terkini berhubung status naik taraf projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan bersedia untuk memberikan kerjasama (sekiranya perlu) dalam memastikan kelancaran projek ini.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut berharap supaya pelaksanaannya akan mengikut tempoh masa ditetapkan memandangkan ia merupakan projek yang amat dinanti-nantikan berdasarkan keperluan mendesak kini.

Berikut merupakan Jawapan Lisan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober 2019:

NO. SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHOW KON YEOW [TANJONG]

TARIKH : 16 OKTOBER 2019 (RABU)

SOALAN NO. 39

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sehingga kini.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Yang Berhormat, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) akan dinaiktaraf dengan kapasiti pengendalian penumpang terminal ditingkatkan daripada 6.5 mppa kepada 12 mppa bagi Fasa Pertama. Pelaksanaan peringkat pertama Fasa Kedua dengan kapasiti pengendalian penumpang seramai 16mppa dan pelaksanaan peringkat kedua bagi kapasiti 20 mppa masih dalam perancangan Kerajaan kerana ianya melibatkan kerja-kerja pengambilan tanah.
  2. Sehingga kini, MAHB telah melantik perunding pada 15 Februari 2019 melalui tender terbuka dan pihak perunding tersebut sedang membuat kerja-kerja rekabentuk dan sebagainya. Projek naiktaraf LTAPP ini dijadual untuk dilaksanakan bermula pada bulan Jun 2020 dan akan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

Sekian, terima kasih.