Skip to content

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa supaya tindakan drastik diambil sesegera mungkin termasuk menutup atau mengaktifkan 100 peratus pelaksanaan PdPR membabitkan sekolah-sekolah yang melaporkan kes-kes aktif jangkitan COVID-19

Kerajaan Negeri menggesa supaya tindakan drastik diambil sesegera mungkin termasuk menutup atau mengaktifkan 100 peratus pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) membabitkan sekolah-sekolah yang melaporkan kes-kes aktif jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Berlandaskan ini, adalah diharapkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dapat meneliti penilaian risiko semasa berdasarkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) demi keselamatan kesihatan para pelajar, barisan guru dan juga kakitangan bertugas di institusi-institusi pengajian berkenaan.

Sebentar tadi, Kerajaan Negeri dimaklumkan oleh JPNPP bahawa pihaknya adalah tidak dibenarkan menutup sekolah-sekolah yang mencatatkan kes aktif COVID-19 kecuali dengan kebenaran Menteri Kanan Pendidikan. Contohnya, beberapa kes sebelum ini melibatkan Kolej Vokasional Butterworth di Daerah Seberang Perai Utara dan lain-lain berkaitan.