Skip to content

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengharapkan kerjasama serta layanan adil daripada barisan Kabinet baharu

Berikutan pengumuman barisan baru Kabinet Malaysia yang diumumkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletakkan harapan tinggi dan mengharapkan kerjasama serta layanan yang adil demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk bekerjasama serta mematuhi segala prosedur ditetapkan meliputi kelulusan bagi projek-projek mega yang telah berjalan sebelum ini dan sedang berjalan kini.

Umumnya, segala perancangan adalah dibuat demi kepentingan, keperluan dan kebajikan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang.

Malah, adalah ditekankan bahawa Pulau Pinang merupakan antara negeri penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam pelbagai aspek termasuk pelaburan (asing serta domestik), pelancongan, perkhidmatan dan lain-lain berkaitan.

Rakyat Pulau Pinang berhak mendapat layanan yang adil dan ini juga adalah merupakan harapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap barisan Kabinet baharu yang diumumkan sebentar tadi.