Skip to content

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhubung dengan pengamal undang-undang terkemuka untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhubung dengan pengamal undang-undang terkemuka yang merupakan pakar dalam undang-undang pentadbiran iaitu, Tommy Thomas, Dato Malek Imtiaz, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bertindak dengan niat jahat dan secara mala fide dalam mengisytiharkan Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebuah organisasi haram. PPS telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang 4 tahun yang lalu dan telah bekerjasama dengan pihak polis selama empat tahun tanpa sebarang masalah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi untuk membatalkan kenyataan Ahmad Zahid yang termasuk menyita aset dan harta serta meminta ganti rugi. Walaupun PPS tidak mempunyai aset atau harta, pengakuan ini menyalahi undang-undang oleh Ahmad Zahid telah menjejaskan reputasi ahli-ahli PPS, dengan dakwaan tidak berasas bahawa ahli-ahli PPS mengancam keamanan dan ketenteraman awam.

Walaupun Menteri Dalam Negeri boleh mempunyai budi bicara mutlak di bawah Akta Pertubuhan, keputusan dan tindakannya boleh dikaji semula oleh mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusuf pada tahun 2012, telah membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan Bersih 2.0 entiti haram. Beliau telah memerintah, “Perintah menteri dibatalkan kerana Bersih adalah pertubuhan yang sah dan ia tidak terbukti menjadi ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam atau prinsip moral.”

Sehingga hari ini, tidak ada komunikasi tidak rasmi atau notis rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa PPS adalah sebuah organisasi yang menyalahi undang-undang. Apakah jenis kerajaan yang kita bicarakan yang membuat perintah dan arahan melalui kenyataan akhbar dan tidak melalui dokumen rasmi? Jelas serangan bermotifkan politik terhadap PPS, apabila ia berfungsi sebagai satu rangkaian popular di peringkat akar umbi yang menanamkan semangat sukarelawan dan pembentukan warganegara yang bertanggungjawab.

Sejak 1 September 2014, semua anggota PPS telah menghentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan kepolisan komuniti dan perkhidmatan menyelamat kecemasan. Kerajaan negeri menggesa semua ahli bertenang dan tunggu sehingga kes diputuskan di mahkamah. Kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa dengan cara yang aman dan teratur, dengan syarat mereka meunyai dokumentasi rasmi bertulis.