Saya mendesak Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan persekutuan sudah dua kali membuka permohonan vaksin AstraZeneca untuk orang ramai yang mahu mendapatkan vaksinasi secara sukarela tetapi negeri Sabah dikecualikan.
Kerajaan negeri harus bersuara dan mengambil tindakan konkrit untuk meminta kerajaan persekutuan agar vaksin AstraZeneca ini juga terbuka kepada rakyat Sabah untuk mereka memohon vaksinasi ini selain secara berterusan berusaha untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri ini.
Jangan terus berdiam diri dalam hal pemberian vaksinanasi ini dan hanya mematuhi arahan kerajaan persekutuan sahaja.
Sabah adalah salah satu dari tiga wilayah yang membentuk Malaysia dan mempunyai autonomi sendiri dan juga mempunyai kementerian atau jabatan kesihatan sendiri.
Oleh itu, Hajiji harus berusaha untuk mengembalikan autonomi perubatan untuk Sabah yang ketika ini dilihat di bawah keadaan yang teruk selain perlu meminta vaksin yang lagi banyak.
Jarang sekali melihat kerajaan negeri amat mengambil berat mengenai masalah pemberian vaksinasi untuk rakyat yang masih berada pada tahap yang rendah termasuk vaksin AstraZeneca atau membeli vaksin sendiri.
Dalam membicarakan hak dan kepentingan rakyat, kerajaan negeri juga tidak membuat apa-apa pengumuman dan tindakan lanjut apabila Sabah juga disenaraikan sebagai antara negeri yang layak mendapatkan vaksin AstraZeneca.
Tindakan kerajaan persekutuan adalah tidak adil kepada rakyat Sabah dan rungutan rakyat harus dicerminkan oleh kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dan bukannya membiarkan rakyat menanggungnya akibatnya dan sia-sia.
Isu vaksin AstraZeneca fasa kedua sekali lagi dilihat hanya terbuka untuk orang-orang dari negeri-negeri tertentu, tetapi Sabah tidak termasuk dalam senarai penerima dan kerajaan negeri juga gagal untuk membuat pendirian terhadap pernyataan mengenai isu tersebut meski semua negeri termasuk Sabah juga dibenar membeli vaksinasi mereka sendiri.
Pencegahan juga adalah lebih baik daripada mengubati dan vaksin juga bukan “ubat mujarab” tetapi sekurang-kurangnya usaha mencapai imuniti kelompok tercapai.
Di samping itu, dengan melihat negeri-negeri di zon merah yang masih menunggu untuk permohonan vaksin AstraZeneca, langkah ini memungkinkan negeri lain juga terus menunggu atau “terdedah” terhadap virus itu dan ini sangat tidak adil bagi sesiapa sahaja.
Vaksinasi adalah untuk mencegah orang ramai dari radang paru-paru baru dan bukannya rawatan.
Oleh itu, kita harus memberi perhatian lebih kepada pencegahan.
Selain harus memberi keutamaan kepada negeri zon merah untuk memohon vaksinasi AstraZeneca, pemberian vaksin itu kepada semua negeri juga harus berlaku secara serentak.
Jika tidak, negeri-negeri yang belum menerima vaksin akan melewatkan “waktu emas” untuk mencegah wabak ini dan menyebabkan wabak itu lebih serius.
Pemberian vaksinasi di negara ini dan bahkan negeri Sabah juga dilihat begitu lambat.
Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja atau vaksin.
Justeru, jika dapat memperoleh kuota vaksin AstraZeneca, ia juga harus diagihkan ke bandar utama terutama di negeri ini dan jangan abaikan setiap bandar yang ada termasuk Sandakan.
Pada masa yang sama, pertimbangkan untuk memberi vaksinasi kepada orang ramai melalui klinik swasta untuk mempercepat langkah pencegahan berkenaan dan mencapai imuniti kelompok.
Ramai orang masih bimbang tentang keselamatan vaksin pada awalnya.
Tetapi sekarang ramai orang dewasa penuh keyakinan terhadap vaksinasi tetapi seringkali kumpulan orang dewasa yang bekerja lebih dari 18 tahun dan di bawah 60 tahun masih belum mendapatkan vaksinasi dan masih menunggu untuk masa yang lama.
Mereka juga sentiasa bimbang sama ada akan menyebarkan virus kepada keluarga dan orang di sekelilingnya setelah bekerja.
Wabak ini juga semakin teruk dan dasar pencegahan wabak dikaji semula.
Tidak ada rancangan terbaik buat masa ini dan hanya formula yang kurang berbahaya, salah satunya adalah menerusi pemberian vaksinasi secepat mungkin
Oleh itu, Hajiji dan kabinet negeri mesti berjuang untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca dan juga yang lain untuk rakyat Sabah bagi melindungi keselamatan dan kesihatan mereka.
Pada masa yang sama, saya percaya bahawa kemerosotan dalam pencegahan wabak juga menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam kaitan pencegahan wabak tertentu.
Justeru, kerajaan juga perlu untuk mengkaji kembali kebijaksanaan dalam pencegahan wabak ini.
Perang melawan pandemik ini adalah satu proses yang panjang bagi seluruh rakyat.
Setiap orang juga mesti melakukan peranan mereka, menjaga diri mereka sendiri, dan tidak menyusahkan anggota kesihatan dan petugas berkenaan serta barisan hadapan, agar kita sama-sama dapat memenangkan peperangan ini dengan lebih cepat.
Dalam perkembangan lain, saya juga menyeru orang ramai untuk terus bersabar dan menunggu “MySejahtera” untuk mengatur janji temu untuk vaksinasi mereka dan bagi penduduk Sandakan, mereka perlu pergi ke tempat tertentu untuk vaksinasi berdasarkan SMS yang dikirimkan oleh nombor Jabatan Kesihatan Sandakan (089-668806) bagi mengelak kekeliruan mengenai tarikh temu janji mereka.