Skip to content

Kerajaan perlu memberi pilihan pelbagai jenis suntikan vaksin penggalak secara percuma kepada semua rakyat

Kerajaan perlu memberi pilihan pelbagai jenis suntikan vaksin penggalak secara percuma kepada semua rakyat.

Kajian Menilai Keberkesanan Vaksin-vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Recovam) oleh KKM, vaksin Sinovac hanya 28 peratus berkesan dalam menghalang jangkitan Covid-19 dan kemasukan ICU pada tiga ke lima bulan.

Namun begitu, menurut kajian di Chile bagi penerima vaksin Sinovac, Sinovac mempunyai 74 peratus berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.

Kami mendapati banyak aduan daripada masyarakat bahawa banyak klinik swasta bawah senarai ProtectHealth tidak dapat mengambil suntikan vaksin penggalak Sinovac secara percuma ketika mereka meminta mendapat vaksin Sinovac dan ianya menyebabkan mereka tidak ingin menerima vaksin campuran dos ketiga.

Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 10 November 2021 bahawa kira-kira 40 peratus orang yang mendapat janji temu gagal hadir untuk mengambil dos penggalak.

Dalam kenyataan media Protect Health pada 7 Disember 2021, ketersediaan vaksin Sinovac adalah terhad dan ianya akan diberikan keutamaan kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap mana-mana vaksin COVID-19 selain daripada vaksin Sinovac sepertimana yang telah disyorkan oleh pakar perubatan bertauliah.

Kerajaan telah menetapkan bahawa semua penduduk berusia lebih 60 tahun serta penerima Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak sebelum Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Oleh yang demikian, 8 ADUN atau pemimpin DAP dan 29 cawangan DAP atau DAPSY bersama menyeru kerajaan menggunakan cara dorongan dan bukan dengan cara paksaan supaya penerima vaksin Sinovac yang tidak ingin mendapat vaksin campuran mempunyai “pilihan percuma” untuk mendapat vaksin Sinovac sebagai dos penggalak bagi mempercepatkan program suntikan dos penggalak dan meningkatkan tahap perlindungan dalam kalangan rakyat daripada varian Delta dan varian Omicron.

Kenyataan media ini dikeluarkan pada 21 Disember 2021 secara bersama di Johor oleh:

Tan Hong Pin, ADUN Skudai

Cheo Yee How, ADUN Perling

Yeo Tung Siong, ADUN Pekan Nenas

Tan Chen Choon, ADUN Jementah

Lim Eng Guan, AJK DAP Johor

Cheng Chin Fatt, Mantan AJK DAP Johor

Sandara Segaran A/L Arumugam, Pengerusi Cawangan DAP Taman Nusa Bestari

Sim Seng San, Pengerusi Cawangan DAP Sungai Rengit

Cawangan DAP Bandar Baru Selesa Jaya

Cawangan DAP Taman Mulia Bukit Gambir

Cawangan DAP Bukit Kangkar

Cawangan DAP Bandar Labis Tengah

Cawangan DAP Bandar Labis Selatan

Cawangan DAP Taman Teratai Muar

Cawangan DAP Parit Setongkat

Cawangan DAP Parit Tiram

Cawangan DAP Air Merah

Cawangan DAP Batu 8 1/2

Cawangan DAP Ros Merah

Cawangan DAP Kukup Laut

Cawangan DAP Jaya Mas

Cawangan DAP Taman Mutiara Rini

Cawangan DAP Skudai

Cawangan DAP Tenggaroh

Cawangan DAP Bandar Maharani

Cawangan DAP Bukit Indah

Cawangan DAP Kg. Abdullah Segamat

Cawangan DAP Wawasan Mersing

Cawangan DAP Bandar Baru Endau

Cawangan DAP Gemas Baru

Cawangan DAP Pekan Jementah

Cawangan DAP Nusa Indah

Cawangan DAP Sungai Rengit

DAPSY Sri Gading

DAPSY Iskandar Puteri

DAPSY Mersing

DAPSY Tanjung Piai