Skip to content

Kerajaan perlu memperkenalkan Akta tanggungjawab Fiskal utk mengawal hutang negara yg kini berjumlah RM1.26 trilion

1. Masalah Hutang Kerajaan Persekutuan

Menyedari bahawa jumlah keseluruhan hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan kini sudah mencapai RM1.257 trilion atau 83.7% KDNK negara, adalah perlu kerajaan memperkenalkan Akta Tanggung jawab fiskal dalam RMK 12 supaya negara kita tidak menuju ke arah kebankrapan satu hari nanti.

2. Mengikut jawapan Timbalan Menteri Kewangan YB Sahar Abdullah di Dewan Rakyat, jumlah hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan sudah meningkat ke RM1.257 trilion setakat bulan Julai, 2021. Dengan kata lain, setiap rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang kerajaan sebanyak RM38,676.00 setiap orang. Kerajaan kini juga dalam proses membentangkan Akta Langkah-langkah Sementara bagi pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) untuk menaikkkan had amaun wang yang boleh diperdapat di bawah Akta Pinjaman (tempatan) 1959 dengan jumlah tambahan hutang bernilai RM45 billion lagi. Oleh itu, hutang negara dijangka akan meningkat ke RM1.302 billion menjelang akhir tahun ini.

3. Hutang Isi Rumah

Selain itu, mengikut Bank Negara Financial Review, kerajaan juga perlu memberi perhatian segera kepada jumlah hutang isi rumah yg kini telah berada di paras tertinggi dalam sejarah, iaitu USD328.7 billion atau 93.3% dari jumlah KDNK. Perlu ditegaskan Hutang isi rumah negara kita telah meningkat sebanyak 413% sejak dari tahun 2002. Kadar Hutang isi rumah di negara kita kini merupakan yg tertinggi di rantau Asia dan ia akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara kerana beban kewangan yg berat akan menjejaskan daya pembelian dan pendapatan boleh alih (disposable income) keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

4. Kegagalan RMK-11

Selain itu, kerajaan perlu mencari sebab sebenar mengapa RMK-11 telah gagal mencapai sasaran dalam 6 key performance index atau KPI yang ditetapkan dalam RMK-11. Seperti contoh, RMK -11 telah menetapkan pertumbuhan KDNK4.5-5.5% (2.7%)pendapatan per kapita RM47720 (RM42,503)sumbangan gaji pekerja kepada KDNK 38% (37.2%) jumlah pendapatan isi rumah RM8960.00 (RM7,160.00) dan pencapaian index kebahagiaan 1.4% (0.5%) semuanya gagal mencapai sasaran. Jika kerajaan mengulangi kesilapan yang lalu dan tiada acuan baru, bagaimana RMK-12 mampu menuju ke arah kejayaan?

Kerajaan perlu mengutamakan realiti rakyat dan bukan fantasi kerajaan. Umpamanya kerajaan menetapkan sasaran pendapatan isi rumah mencapai RM10,000 sebulan tetapi realitinya adalah kini seramai 58% pencarum KWSP baki duit simpanannya adalah kurang dari RM10,000 dan 70% rakyat tiada simpanan wang tunai melebihi RM1,000 utk menampung keperluan jika berada dalam keadaan kecemasan.

5. Perlaksaan berkesan amat perlu

Segala rancangan tanpa perlaksanaan yang berkesan tidak akan mencapai kejayaan. Mengikut laporan ketua audit negara tahun 2019, walaupun kerajaan persekutuan memperuntukkan ratusan billion utk RMK-11, tetapi akibat perlaksanaan yg lemah, ramai projek telah gagal mencapai sasaran dan akhirnya merugikan rakyat dan negara. Seperti contoh, negeri Perak telah memperolehi peruntukan sebanyak RM8.63 billion utk pembinaan 556 projek tetapi setakat akhir tempoh RMK-11, projek yg siap hanya 258 atau 46% Saha tetapi jumlah peruntukan yg telah habis digunakan sudah mencapai 94% atau RM7.57 billion. Di manakah kelemahannya?

Selain itu, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan pembaziran dan pembinaan projek gajah putih yang tidak produktif dan jelas membazir seperti kompleks sejarah Pasir Salak yang menelan kos RM60 juta tetapi kini telah dibiarkan usang dan terbengkalai.

6. Masalah pengangguran

Kini kadar pengangguran sudah melebihi 4.8% dan jumlah bilangan yang sedang menganggur telah melebihi 770,000 orang. Fokus RMK-12 wajar tumpu kepada pewujudan peluang pekerjaan yang berasaskan kepada sukatan pelajaran kemahiran, ilmu serta menepati kehendak pasaran. “We need a competency based syllabus on knowledge, skill, Development and Mastering of the skills.

7. Sekuriti makanan negara

Walaupun negara kita sudah mencapai kemerdekaan sejak 1957, tetapi sehingga hari ini penghasilan makanan dalam negara kita masih tidak mampu utk menampung keperluan domestik. Kedudukan negara dalam Global Food Sekuriti Index telah merosot dari 28 dan jatuh ke tangga ke-43. Jumlah import makanan dari negara asing kini mencatat RM51.8 billion. Mengikut FAO bangsa-bangsa bersatu, jumlah harga makanan juga meningkat 31% sejak tahun 2020.

8. Index urus tadbir negara perlu diperkenalkan segera

Demi prinsip ketelusan dan akauntabiliti, index urus tadbir negara dan Akta perkhidmatan awam perlu diperkenalkan. Semua Menteri, Timbalan Menteri, penguatkuasa undang2 termasuk SPRM dan PDRM wajib mengisytiharkan harta individu bersama isteri kepada Parlimen.

– Kes 1 MDB penyelesaian dengan KPMG. Kerajaan membawa tuntutan RM5.64 billion tetapi selesai dengan bayaran RM333 juta atau hanya 8% dari jumlah tuntutan.

– kes Hasanah Abdul Hamid. Beliau membuat laporan polis jumlah duit yang dirampas oleh SPRM sebanyak RM50.16 juta antaranya RM25 juta sudah hilang semasa bahan keterangan itu di dalam pengawasan SPRM. Bukankah ini “Harapkan pagar, pagar makan padi? “

9. Transformasi GLC

GLC harus memberi peluang dan ruang kepada sektor swasta utk bersaing dan bukan merebut peluang bersaing dengan sektor swasta kecuali dalam bidang aset atau industri strategik yang penting utk pembangunan negara seperti AI.

10. Agenda anak Malaysia

-Kerajaan harus menghormati keputusan Mahkamah yang memberikan kerakyatan kepada anak yg dilahirkan oleh ibu rakyat Malaysia di negara asing. Warga ibu tidak harus mengalami diskriminasi yang jelas mencabul keadilan khususnya utk anak yang tidak bersalah.

– dasar sekatan ke atas bumiputera dalam RMK 12 sebenarnya menjejaskan bumiputera utk Mengejar kekayaan.

“ Nasi Urap dari Melaka, minumnya jus buah mangga, jangan harap Malaysia merdeka, jika rasuah masih bangga.”