Malaysia kini merupakan negara kedua terburuk di ASEAN setelah Indonesia, dalam jumlah jangkitan harian COVID-19. Kegagalan Malaysia untuk mengurus dan mengekang lonjakan COVID-19 telah dijadikan alasan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan perintah Darurat dan menggantung Parlimen.
Walau bagaimanapun, pelabur asing tidak akan mudah ditipu oleh Muhyiddin bahawa Darurat dan penggantungan Parlimen dilaksanakan untuk menangani krisis kesihatan awam ini, apabila mereka mengetahui bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) yang dikuatkuasakan dengan betul adalah lebih dari cukup. Bahkan sebelum Darurat dilaksanakan, Fitch Ratings telah menurunkan penarafan kredit negara Malaysia tahun lalu, untuk pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun ke tahap yang sama dengan Indonesia dan Filipina, kerana ketidakstabilan politik dan tadbir urus yang lemah.
Penarafan kredit negara Malaysia telah diturunkan ketika Muhyiddin masih belum kehilangan majoriti parlimennya yang tipis. Darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung setelah Muyhiddin jelas kehilangan majoriti parlimennya, yang menambah buruk ketidakstabilan politik. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali adalah salah kerana mengatakan bahawa Darurat, dan penggantungan Parlimen yang disebabkan oleh ketidakstabilan politik, tidak akan menakutkan pelabur asing. Adakah mereka membayangkan bahawa Darurat dan penggantungan Demokrasi Berparlimen akan menarik lebih banyak pelaburan asing?
Tambahan pula, tadbir urus dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mengendalikan puluhan bilion ringgit dana awam, telah merosot dengan pelantikan ahli politik dan pendedahan penyelewengan kewangan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen. Bagaimana pelabur asing dapat meyakini bahawa penggantungan Parlimen dapat mengekang COVID-19 dengan cepat, ketika kerajaan menghentikan ujian saringan penuh semua kontak rapat pesakit positif COVID-19 dan mengabaikan pelaksanaan 3T – saringan, pengesanan dan rawatan secara menyeluruh?
Bahkan sebelum Darurat, pelabur asing telah berpindah lebih awal ke negara lain. Hyundai telah memindahkan Ibu Pejabat wilayah Asia Pasifiknya bagi 33 negara dari Kuala Lumpur ke Indonesia. Indonesia telah mendahului Malaysia tahun lalu dalam pelaburan asing dengan pelaburan dari syarikat terkemuka seperti Hyundai RM4 bilion, Toyota RM8 bilion, CATL (bateri) RM20 bilion dan LG Chemical RM40 bilion.
Pelabur asing tidak akan merasa mengagumi Malaysia sebagai negara pertama di Asia yang menggantung demokrasi berparlimen, petunjuk jelas terhadap ketidakstabilan politik yang kronik. Oleh itu, kerajaan PN harus berhenti hidup dalam penafian, bahawa Darurat dan penggantungan Parlimen tidak akan membantu menarik pelabur asing, apabila ia sebenarnya pengakuan terhadap ketidakstabilan politik, kelemahan tadbir urus dan kegagalan untuk membendung penularan COVID-19 oleh kerajaan PN.