Kerajaan Pahang sepatutnya melindungi hak rakyat bagi kebebasan bersuara dan tidak mengambil tindakan saman fitnah terhadap penentang atau mereka yang membangkang dasar mereka mengenai pembalakan atau perlindungan alam sekitar. Dengan mengambil tindakan saman fitnah terhadap apa yang pada asasnya untuk seseorang menuntut ganti rugi undang-undang untuk mempertahankan reputasi seseorang atau syarikat, kerajaan kini meluaskan takrifan fitnah untuk meliputi kerajaan supaya dasar-dasarnya tidak lagi boleh dipersoalkan atau dikritik.
Jika tindakan saman fitnah diambil oleh Menteri atau Menteri Besar secara peribadi, itu adalah berbeza kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian untuk melindungi reputasi individu mereka semasa bertindak atas kapasiti rasmi mereka. Walau bagaimanapun, bagi sesebuah kerajaan untuk menyaman adalah sama seperti meletakkan kerajaan di atas makam tertinggi yang mesti dianggap sebagai entiti suci yang tiada siapa boleh dikritik. Bukankah ini satu penyalahgunaan keistimewaan dan sumber kerajaan?
Kerajaan sepatutnya melindungi rakyat dan tidak perlu perlindungan daripada rakyat yang mereka telah bersumpah untuk lindungi. Ini bukan yang dimaksudkan sebagai demokrasi dan merupakan satu kutukan terhadap kebebasan bersuara serta melanggar hak asasi setiap rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.
Tindakan saman fitnah oleh kerajaan negeri Pahang untuk menghentikan kritikan orang ramai terhadap dasar mereka mengenai pembalakan dan perlindungan alam sekitar, bermula dengan tindakan undang-undang terhadap aktivis alam sekitar dan Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil, dan kini diteruskan terhadap Ahli Parlimen DAP Bentong Wong Tack. Kedua-duanya telah disaman untuk ganti rugi RM1 juta dan tuntutan permohonan maaf tanpa syarat.
Shariffa Sabrina telah dituduh membuat kenyataan itu dalam dua catatan Facebook, bertarikh 29 dan 30 Disember 2021, dan semasa wawancara bersama Sinar Harian pada 12 Januari 2022. Sama ada terdapat pembalakan atau sebarang salah laku, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi penjelasan atau jawapan balas terhadap setiap perkara yang dibangkitkan dan bukannya menggunakan tindakan saman fitnah dalam percubaan terang-terangan untuk menutup perkara itu secara terus kerana tiada wacana awam yang membina jika perkara itu dibawa ke perbicaraan.
Wong disaman atas catatannya di Facebook pada 28 Disember 2021 dan 30 Januari 2022 sedangkan beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat untuk bersuara untuk rakyat tanpa rasa takut atau pilih kasih. DAP akan mempertahankan Wong secara terus melalui Ketua Biro Undang-undang DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ram Karpal. Bagi Shariffa, beliau dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak akan gentar dan akan berjuang habis-habiskan berlandaskan semangat kepercayaan dan prinsipnya.