Skip to content

Kerajaan Wajar Kembalikan Keyakinan Rakyat, Hentikan Tindakan Menzalimi Penyindir

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan PDRM yang menyiasat Fahmi Reza hanya disebabkan aksinya yang meletakkan pelekat gambar tikus PM dalam videonya.

Pihak agensi penguatkuasa seperti PDRM harus ingat bahawa kini bukan zaman kerajaan diktator seperti dahulu yang sesuka hatinya boleh menzalimi mana-mana pengkritik.

Kerajaan Madani seharusnya terus menjanakan harapan dalam kalangan rakyat dengan membezakan kerajaan kini dengan rejim dahulu, iaitu menghormati kebebasan perbezaan pendapat dan bukannya menutup mulut penyindir.

Keputusan PRN Sabah menunjukkan bahawa rakyat merupakan kuasa penentu untuk segala-galanya, dan maka agensi seperti PDRM tidak wajar bertindak sewenang-wenangnya seperti zaman dahulu dan menyebabkan imej kerajaan tercalar.

Kerajaan harus menggerakkan segala usaha untuk mereformasikan institusi demi meyakinkan rakyat, bukannya membiarkan agensi di bawah kelolaan untuk terus menjerumuskan keadaan.

Hentikan segala intimidasi terhadap sesiapa pengkritik biarpun penyindir. Jangan lupa kesemua mereka pernah bersama dengan kami bila sebagai pembangkang. Standard yang sama harus digunapakaikan tidak kiranya sebagai kerajaan atau pembangkang.

Rakyat khususnya penyokong tegar PH sedang menilai.