Kenyataan tidak berakal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa ubah Kerajaan Persekutuan perlu sebagai bukan jalan penyelesaian masalah negara, jelas menunjukkan bahawa pihak UMNO kini telah goyang lutut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang kerana bimbang akan berdepan dengan kekalahan nanti (https://www.malaysiakini.com/news/402855).
Memang amat wajar untuk menukar Kerajaan Persekutuan. Setelah pemerintahan UMNO selama 60 tahun, ekonomi kini lembap sementara kos sara hidup makin meningkat. Skandal demi skandal berlaku namun tiada tindakan dilakukan. Rakyat pula dibebankan dengan GST apabila Kerajaan gagal mengurus kewangan negara.
Tidak dinafikan lagi, jika tayar sesuatu kereta itu haus, maka satu-satunya pilihan yang ada adalah untuk menukarkannya dengan tayar yang lebih baik. Demikianlah, kerajaan Barisan Nasional yang kini sudah haus, dan jika diteruskan lagi ia hanya akan bahayakan pemandu. Sudah terlalu lama UMNO mentadbir negara ini dan kami mahu perubahan drastik terhadap pentadbiran yang sedia ada. Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah pun mengalami perubahan, dan perubahan ini terbukti positif untuk rakyat Malaysia.
Perubahan drastik terhadap pentadbiran diperlukan jika kita mahu Malaysia diselamatkan. Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mengalami perubahan dan sejak itu kita nampak perkembangan positif yang memanfaatkan rakyat.
Rakyat Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada pentadbiran yang cekap oleh kedua-dua kerajaan negeri dan statistik menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi secara positif dan dasar-dasar yang berteraskan kebajikan rakyat. Walaupun komposisi politik telah berubah sejak 2014, namun komitmen terhadap kebajikan rakyat tetap akan diambil perhatian.
Beza Pakatan Harapan dan Barisan Nasional adalah kita bukannya ada motif untuk mencetuskan isu-Isu perkauman seperti UMNO yang sentiasa menggunakan isu-isu ini berniat jahat untuk menakutkan rakyat supaya mereka kekal berkuasa. Konsep dan idea yang dikongsi bersama adalah untuk menjaga keharmonian dan kebajikan rakyat. Cara pentadbiran yang bersih telus dan cekap yang sentiasa diperjuangkan oleh Pakatan Harapan hanya akan memberikan implikasi positif kepada ekonomi negara sekaligus memastikan rakyat mendapat manfaat tidak mengira dari segi kekayaan atau kemudahan.
Seperti contoh BR1M diperkenalkan selepas Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mula memberikan elaun untuk golongan emas, OKU dan pelajar pada tahun 2009 lagi. Kerajaan Persekutuan sendiri telah mengambil iktibar daripada inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Jika perubahan pada 2008 tidak berlaku, inisiatif reaktif seperti BR1M tidak akan diperkenalkan.
Peruntukan bagi masyarakat berbilang agama juga dinaikkan oleh kedua-dua Kerajaan Negeri. Dan semakin meningkat sejak diberi mandat oleh rakyat. Sebaliknya Barisan Nasional hanya pandai menjaga kroni masing-masing. Menggunakan alasan kos sara hidup tinggi kerana pasaran dunia adalah alasan yang tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab kerana adalah tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan rakyat tidak dibebankan oleh isu-Isu ekonomi dunia.
Justeru, tidak salah jika ada pelbagai pihak meminta perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pembaharuan patut ada. Idea berdasarkan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan dan rakyat berhak diberikan pilihan.