Satu kejadian membakar kereta telah berlaku di Taman Sri Meru, Jelapang pada pagi ini lebih kurang jam 9.45am. Kereta jenis Camry yang dimiliki oleh Soma Naidu (55) telah dibakar bahagian hadapannya oleh pihak tertentu. Apakah niat sebenar kereta itu dibakar adalah tidak diketahui. Oleh yang demikian Soma Naidu bapa kepada 3 orang anak lelaki tidak dapat mensyaki siapakah yang melakukan perkara jenayah ini.
Beliau dan isterinya berasa sedih kerana insiden yang amat mengerunkan ini. Kenapa kereta mereka dijadikan sasaran sedangkan mereka tidak mempunyai masalah dengan jiran tetangga ataupun mana-mana pihak luar. Mangsa juga hairan kenapa perkara ini dilakukan kerana beliau dan anak- anaknya tidak mempunyai musuh yang diketahui.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah pertama kali beliau menghadapi masalah ini. Kejadian merosokkan kereta beliau pernah berlaku sejak 4 tahun yang lalu. Ini merupakan kali yang ketujuh kereta beliau dirosakkan di rumahnya. Walaupun laporan polis telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa kesan.
Bagi laporan- laporan polis yang dibuat sebelum ini, pihak polis tidak pernah datang kerumah untuk memeriksa kereta yang dirosakkan. Beliau merasakan seolah-olah polis tidak mempedulikan tentang kejadian-kejadian yang dilaporkan. Beliau juga rasa kesal kerana masalah ini masih berterusan walaupun laporan polis telah dibuat berulang kali.
Saya akan menulis surat kepada Ketua Polis Daerah Ipoh untuk meneliti kes ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Magsa merasakan keselamata diri dan keluarganya terancam kerana kejadian seperti ini berulang kali berlaku tetapi tiada apa- apa tindakan daripada pihak berkuasa.