Skip to content

Ketua Pengarah Kesihatan perlu menjelaskan prosedur standard yang relevan untuk kemasukan ke hospital bagi pesakit yang positif Covid-19 di rumah apabila keadaan mereka bertambah buruk.

Di Selangor pada 23 dan 24 April, terdapat pesakit yang disahkan positif Covid-19 kuarantin di rumah masih tidak dapat menerima rawatan di hospital selepas 5 hari dan 9 hari masing-masing telah meninggal dunia.

Saya ingin mengecam jabatan hospital yang berkaitan kerana gagal menjalankan tugasnya, dan meminta Kementerian Kesihatan untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Membuat panggilan ambulans tetapi ditolak adalah sangat mengejutkan. Ketua Pengarah Kesihatan perlu menjelaskan prosedur standard yang relevan untuk kemasukan ke hospital bagi pesakit yang positif Covid-19 dan kuarantin di rumah ketika keadaan mereka bertambah buruk.

Saya ingin mengingatkan semua pesakit yang positif dan yang kuarantin di rumah bersama ahli keluarga mereka, sekiranya anda berasa bahawa anda tidak dapat mengurus diri sendiri dan keadaan bertambah buruk, sila segera mengatur untuk menghantar pesakit ke hospital secara sendiri.

Oleh kerana kadar penularan wabak meningkat semula, saya menggesa pelajar dan kakitangan dari tempat kerja yang terdapat kes positif untuk pergi ke jabatan pesakit luar di Hospital Besar Kerajaan untuk membuat saringan sebaik sahaja mereka mengalami gejala. Sekiranya disahkan positif, informasi kes positif mesti dikendalikan dengan setelus mungkin, dan maklumkan kepada kontak rapat tahap kedua dan ketiga supaya menjalankan saringan ujian dan kuarantin kendiri dengan segera.