Rakyat Malaysia melahirkan rasa simpati dan bersedih di atas jenayah siber yang menimpa pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, yang menjadi mangsa penipuan yang menyebabkan beliau hampir muflis sama sekali. Lee telahpun kehilangan sebahagian besar daripada simpanan beliau akibat penipuan ini, dan jelas sekali beliau mengalami tekanan emosi selepas berdekad-dekad hasil simpanan daripada kerja keras lesap dek penipu yang tidak berhati perut yang mengambil kesempatan di atas kebaikannya.
Di sebalik usaha yang telah dilaksakan oleh pihak polis bagi mencegah jenayah siber, tindakan terhadap “scammer” ini terbukti tidak berkesan dengan kerugian daripada penipuan meningkat daripada RM 700 juta pada 2021 kepada RM 1.3 bilion daripada 30,000 kes penipuan dalam talian yang dilaporkan sepanjang tahun lalu. Saya berharap agar Ketua Polis Negara sendir mengetuai pasukan petugas khas menentang penjenayah siber yang telah menyebabkan kerugian besar kepada mangsa individu melebihi RM 1.3 bilion pada 2023.
Tindakan tegas dan tuntas mesti diambil untuk menghentikan jenayah siber dan mencegah kerugian daripada meningkat daripada rekod kerugian RM 1.3 bilion tahun 2023 ke tahap yang lebih tinggi. Hanya penglibatan langsung Ketua Polis Negara dapat membantu bagi menghalang lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak bersalah daripada menjadi mangsa kepada penjenayah dan penipu yang tidak berhati perut ini.
Jadikan Bank Yang Cuai Ataupun Tidak Endah Terhadap Skim Penipuan Oleh Penjenayah Siber Bagi Mengambil Tanggungjawab Di Atas Kerugian Yang Dialami Oleh Mangsa Penipuan.
Kerajaan juga harus menjadikan bank-bank yang cuai atau tidak ambil peduli terhadap jenayah siber oleh scammer ini untuk mengambil tanggungjawab di atas kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa penipuan. Perlu ada “rangka kerja tanggungjawab bersama” yang akan memperuntukkan tanggungjawab untuk kerugian penipuan di kalangan institusi kewangan, pengendali telekomunikasi dan juga pengguna.
Di bawah pelan tersebut kelak, institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi perlu membuat pembayaran kepada mangsa jenayah siber ini mengikut syarat yang ditetapkan, dalam kes-kes yang jekas menunjukkan pelan tersebut tidak dipatuhi dan dilanggar. Saya telahpun membincangkan idea ini dengan Timbalan Menteri Undang-undang M. Kulasegaran yang menunjukkan bahawa terdapat pindaan Akta yang diperlukan dan mungkin dapat dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang pada Jun-Julai 2024.
Ketabahan dan keberanian Lee Pei Jing untuk tampil kehadapan juga harus dipuji, “Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan juga memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu”. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan serta pihak berkuasa termasuk polis dan bank bekerjasama untuk mencegah penipuan melalui jenayah siber ini di masa hadapan.