Skip to content

KIDEX akan memakan kos pembinaan tertinggi untuk setiap kilometer, berbanding laluan bertol lain, dengan jumlah kos melebihi RM 3 bilion

Lebuhraya KIDEX sepanjang 14.9km akan memakan kos sebanyak RM 2.4 bilion, iaitu RM161 juta bagi setiap satu kilometer. Jadual di bawah menunjukkan kos pembinaan per-kilometer bagi kesemua laluan bertol. Ia menunjukkan bahawa jika KIDEX dibina, kos pembinaan per-kilometer KIDEX adalah yang tertinggi dalam sejarah laluan bertol di Malaysia.

Senarai jalan bertol Kos pembinaan (RM million) Jarak lebuhraya (km) Kos per-km (RM million)
North-South Expressway (NSE Northern Route) 5,945 456.0 13.04
New Klang Valley Expressway (NKVE) 1,000 35.0 28.57
Second Link Expressway 1,149 47.0 24.45
Shah Alam Expressway (KESAS) 1,300 34.5 37.68
Central Link (ELITE) 1,000 63.0 15.87
Cheras-Kajang Expressway 336 11.5 29.22
Karak Expressway 568 60.0 9.47
New Pantai Expressway 1,360 19.6 69.39
Damansara Puchong Expressway (LDP) 1,327 40.0 33.18
Ampang KL Elevated Highway (AKLEH) 751 7.9 95.06
Kemuning-Shah Alam Highway (LKSA) 750 14.7 51.02
Butterworth Kulim Expressway (BKE) 256 17.0 15.06
Butterworth Outer Ring Road (BORR) 480 12.1 39.67
Kajang Dispersal Link Expressway (SILK) 800 37.0 21.62
Maju Expressway (MEX) 1,320 26.0 50.77
Kajang Seremban Highway (LEKAS) 900 44.3 20.32
Senai Desaru Expressway (SDE) 1,300 77.0 16.88
Sprint Expressway 1,184 26.5 44.68
KL Kuala Selangor Expressway (LATAR) 958 33.0 29.03
South Klang Valley Expressway (SKVE) 1,100 51.0 21.57
Seremban Port Dickson Highway 142 23.0 6.17
Duta Ulu Klang Expressway (DUKE) 1,166 18.0 64.78
Guthrie Corridor Expressway 501 25.0 20.04

Tambahan pula, jumlah RM 2.4 bilion itu belum pun mengambil kira kos pengambil-alihan tanah.

Penilaian Kesan Alam Sekitar awal bagi KIDEX menyatakan bahawa 290 lot tanah berjumlah 15.15 hektar akan terpaksa diambil-alih demi membuka jalan kepada pembinaan lebuhraya tersebut.

Menurut nilai pasaran semasa terhadap tanah di sepanjang jajaran yang dicadangkan, adalah dianggarkan bahawa kos sekitar RM700 juta ke RM 1 bilion diperlukan untuk melakukan pengambil-alihan terhadap tanah pada skala sedemikian mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Akta Pengambilan Tanah.

Ini akan membawa jumlah besar kos KIDEX menjadi sehingga RM3.1 bilion hingga RM3.4 bilion.

Lebuhraya bertingkat yang merentas bandaraya yang telah matang, dengan kos pembinaan per-kilometer yang paling tinggi serta memakan lebih daripada RM3 bilion wang rakyat pastinya perlu diselidik dengan teliti dan dijamin ketelusannya.

Kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan, yang telah memberi persetujuan secara prinsip dan kelulusan bersyarat masing-masing mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa manfaat daripada pembinaan KIDEX adalah melebihi isu kosnya, dan tidak ada pilihan lain (seperti pengangkutan awam) sebelum membuat keputusan sama ada untuk meluluskan projek tersebut atau sebaliknya.