Skip to content

Kita Anak Malaysia

Tidak kiranya Tang Jie-Ee Wei yang baru menjuarai Kejohanan Badminton Dunia mahupun Pearly-Thinaah yang memperoleh Naib Johan, sesungguhnya kesemua wira negara ini tidak pernah mewakili kaum masing-masing untuk bertanding, namun adalah berjuang di bawah panji MALAYSIA, iaitu satu-satunya tanah air milik kita semua.

Nenek moyang kita mungkin berasal daripada latar belakang yang heterogen, sebenarnya kesemua kita khususnya generasi merdeka adalah warganegara Malaysia yang mencintai tanah air kita tanpa mempunyai apa-apa sentimen terhadap negara lain.

Biarpun ada ahli politik yang bertindak samseng dan mencuba sedaya upaya untuk mempertikaikan kesetiaan rakyat kepada negara dengan berkali-kali mewujudkan isu perkauman, namun sebenarnya rakyat berbilang kaum memilih untuk menolak kaedah sedemikian dan tidak terpedaya dengan umpan sedemikian.

Yang paling mengecewakan adalah bahawa terdapat juga ahli politik yang secara terang-terangan mengaitkan bangsa suspek yang menyerang Sultan Perak semalam dengan berniat untuk memecahbelahkan masyarakat umum dan mengganggu ketenteraman awam.

Tindakannya yang sengaja menimbulkan isu bangsa suspek sehingga sanggup memutarbelitkan fakta adalah teruk sekali dan patut dikecam sekeras-kerasnya.

Dahlah mencuba untuk menjatuhkan reputasi Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan menggunakan faktor kaum, kini pula menggunakan isu kaum suspek yang menyerang Sultan Perak sebagai modal politik murahan biarpun mengetahui bahawa itu bukan fakta sebenar.

Sekiranya tidak mampu menyumbang untuk membina negara kita, adalah lebih baik ahli politik sedemikian untuk menutup mulut dan berhenti daripada menyebarkan fitnah dan tohmahan.

Malaysia milik kita semua, bukannya milik pemfitnah dan perosak perpaduan.