Skip to content

Komen atas pembubaran parlimen

Komen saya atas pembubaran parlimen oleh kerajaan BN ketika negara sedang membuat persiapan rapi mengharungi musim tengkujuh dan musim banjir : –

  1. Jelas UMNO-BN tidak hormat titah Tuanku Agong yang menitah supaya semua pihak bersiap sedia menghadapi banjir.
  2. Terbukti kerajaan BN adalah kerajaan yg paling tidak bertanggungjawab kerana setelah bentang belanjawan RM372.3 billion, parlimen dibubar tanpa belanjawan diluluskan.
  3. Adalah jelas institusi Parlimen yg mulia telah diperlekehkan dan sikap tidak bertanggungjawab ini adalah amat dikesali.

  4. Dengan pembubaran parlimen hari ini, Kerajaan BN juga adalah amat tidak sensitif dengan perasaan masyarakat India yang sedang sibuk membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali menjelang 24hb Oktober ini. Terbukti slogan “keluarga Malaysia” hanya tinggal rhetorik politik saja.
  5. Berbanding dengan tindakan BN yang tidak waras, Kerajaan negeri Pakatan HARAPAN di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan terus fokus dengan usaha utk membantu mangsa banjir. Ini terbukti Pakatan HARAPAN mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, bukan kemaruk kuasa seperti BN.
  6. Dibawah pemerintahan BN dan PN, mata wang ringgit kini telah merudum sehingga ke paras paling teruk sejak krisis kewangan Asia Tenggara 1997, kadar inflasi negara meningkat dan kenaikan harga barang kian membebankan, jumlah kadar bunuh diri rakyat mencapai tahap kritikal dan negara kita juga terus terpalit dengan skandal najis rasuah seperti skandal 6 kapal perang LCS yg menelan kos RM9.1 billion.
  7. Kini kuasa dalam tangan rakyat, inilah masa untuk seluruh rakyat Malaysia kita bangkit memilih sebuah kerajaan baru HARAPAN yang bersih, berintegriti dan tumpu fokus mengangkat agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan kemakmuran negara. Ayuh, kita bangkit bersama!