Skip to content

Kongres Kebangsaan DAPSY pada 17 November

Ketua DAPSY Malaysia, sdr Kelvin Yii mengumumkan bahawa DAPSY Kebangsaan akan mengadakan Kongres Kebangsaan DAPSY 2024 pada 17 November 2024 (Ahad). Persidangan yang diadakan setiap tiga tahun ini bertujuan untuk menyatukan kekuatan anggota muda DAP dari seluruh negara bagi membincangkan cabaran masa depan.

Kelvin Yii menyatakan bahawa tema Kongres kali ini ialah “Suara DAPSY, Kuasa Perubahan”, yang melambangkan DAPSY sebagai sayap pemuda parti, akan terus memikul tanggungjawab untuk mendorong kemajuan negara. Kongres ini akan membincangkan bagaimana DAPSY dapat terus menjadi penggerak utama dalam reformasi parti dan negara dalam persekitaran politik yang akan datang.

Kongres tersebut akan diadakan di Grfand Centro Ballroom 2, Klang, Selangor, dengan pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan perasmian Kongres pula akan dimulakan tepat pada pukul 10.00 pagi.

“DAPSY sangat komited untuk menyatukan anak muda seluruh negara demi memperjuangkan keadilan sosial dan kemajuan negara. Beliau menyeru supaya semua anggota DAPSY untuk turut serta dalam Kongres ini bagi menunjukkan kekuatan dan semangat perpaduan anggota DAPSY, serta bersama-sama merangka strategi demi kemajuan dan pembaharuan berterusan parti dan negara.”