Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang bermesyuarat pada 13 Januari 2022 telah memutuskan untuk mengadakan Kongres Kebangsaan Parti DAP pada hari Ahad, 20 Mac 2022 bertempat di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam.
Penangguhan Kongres Kebangsaan sebelum ini telah dibenarkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan pelbagai sekatan pergerakan rentas negeri akibat pandemik Covid-19.
Tarikh yang ditetapkan adalah selaras dengan nasihat daripada pihak ROS supaya Kongres Kebangsaan Parti DAP diadakan sebelum 31 Mac 2022.
Semua pewakilan yang layak menghadiri Kongres ini perlu hadir secara fizikal di tempat yang ditetapkan untuk proses pengundian Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan agenda-agenda mesyuarat yang lain dengan syarat mematuhi semua SOP persidangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Pihak Ibupejabat DAP akan memastikan tempat persidangan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti kapasiti yang dibenarkan dan semua SOP yang berkaitan.
Notis dan agenda Kongres akan dihantar kepada setiap pewakilan mengikut peruntukan Perlembagaan Parti DAP.