Skip to content

Kongres Nasional Keadilan AMK 2025

Sebagai Ketua Angkatan Muda HARAPAN merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, saya telah memimpin delegasi DAPSY untuk menghadiri Kongres Nasional AMK yang dianjurkan di Johor Bahru.

Dalam ucapan dasar YB Adam Adli, disebut bahawa yang kita lawan selama ini adalah kebobrokan, kesombongan, kejahatan dan kemungkaran.

Dan YB Adam juga menyentuh perlu sentiasa untuk kita ingat bahawa saatnya jika kita membelakangi rakyat, rakyat akan membelakangi kita semula.

Saya setuju sangat dengan kenyataan tersebut lantaran sebagai parti politik, harus kita sentiasa ingat bahawa sokongan yang ada pada hari ini sehingga menjadikan kita sebagai kerajaan sesungguhnya adalah berasal daripada rakyat.

Without people’s support, we are nothing.

Selepas mengambil alih sebagai Ketua Angkatan Muda HARAPAN, saya terus menggerakkan pelaksanaan tawaran anak muda seperti pemansuhan AUKU yang sememangnya merupakan pendirian utama PH selama ini.

Sepeti mana yang disebut YB Adam, anak muda memang jiwanya merontak & melawan.

Saya selalu tegaskan, pimpinan PH yang ada sekarang adalah lahir daripada demonstrasi, himpunan & sebagainya, dan kesemua kami merupakan anak muda pada ketika itu yang lantang melawan ketidakadilan, dan maka harus kita kekalkan semangat tersebut khususnya apabila sudah mengambil alih pentadbiran pusat.

Harus kita pastikan group ‘rebel’ dan ‘anti-establishment’ terus menjadikan PH sebagai pilihan utama, dan bukannya memilih untuk menolak mereka ke tepi lantaran mereka lantang lawan dan sebagainya.

Never forget that we were part of them previously.

Seluruh Angkatan Muda HARAPAN akan terus bergerak bersama dan terus memperkasakan agenda reformasi demi memastikan sokongan dan dokongan rakyat terus dijanakan dengan tidak mengira kaum, agama dan latar belakang.

Syabas kepada YB Adam atas kepimpinan tiga tahun yang lalu.

Saya yakin terhadap sdr Kamil Munim yang telah diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab memimpin AMK dalam tiga tahun yang akan datang.

Sama-sama kita terus janakan HARAPAN dan kukuhkan perpaduan.