Konvensyen Biasa DAP Selangor 2021 akan diadakan pada 14 November 2021 (Ahad), jam 9.00 pagi, di Shah Alam Convention Centre (SACC) No 4, Jalan Perbadanan 14/9, 40000 Shah Alam, Selangor.
Agenda mesyuarat Konvensyen Biasa Negeri termasuk pemilihan 15 wakil sebagai ahli Jawatankuasa Negeri untuk DAP Selangor.
Seramai 51 ahli DAP negeri Selangor telah disenaraikan sebagai calon untuk pemilihan jawatankuasa negeri.
Mesyuarat ini akan dijalankan dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebarang pertanyaan tentang konvensyen ini oleh pihak media boleh ditujukan kepada Saudari YB Jamaliah Jamaluddin di 010-566 1417.