Skip to content

Konvensyen PH mangkin PRU14

Konvensyen Pakatan Harapan semalam telah membawa gabungan itu ke tahap persediaan yang lebih tinggi menghadapi PRU14. Antara perkara-perkara penting yang akan memastikan kemenangan Pakatan Harapan adalah seperti berikut:

  1. Tawaran-tawaran yang akan menjadi asas manifesto Pakatan Harapan;
  2. Pengumuman Calon Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan;
  3. Selesai pembahagian kerusi-kerusi Parlimen antara parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Bukan sahaja sekadar itu, Majlis Konvesyen itu juga telah menampilkan pemimpin-pemimpin utama yang berhujah dengan penuh semangat. Semua ini akan mendorong ahli-ahli DAP, PKR ,PPBM dan Amanah untuk terus berjuang dengan tahap komitmen yang tinggi. Setiap parti akan menggerakkan jentera pilihanraya dengan segera.

Persiapan untuk pertembungan Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir telah bermula secara terang-terang. Inilah peluang terbaik dan terakhir untuk membawa perubahan pemerintahan di negara kita. Jika peluang keemasan ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin, kita akan kehilangan peluang untuk menawan Putrajaya buat selama-lamanya.

Pakatan Harapan akan memberi nafas baru menghidupkan semangat kesetiakawanan antara 4 parti komponen yang akan berjuang bersama-sama untuk menumbangkan rejim Barisan Nasional yang kejam. Konyensyen Pakatan Harapan telah membuktikan bahawa 4 parti komponen boleh bekerjasama dengan persefaham dalam menumbangkan kerajaan kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak.