Skip to content

KPKT MENUBUHKAN PASUKAN “DUTA ONLINE” UNTUK MENANGKIS FITNAH DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SAHIH

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini telah menubuhkan pasukan “duta online” untuk menangkis fitnah dan menyampaikan maklumat sahih. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming, selepas Majlis Perasmian Bengkel Sentuhan Maya KPKT.

200 kakitangan KPKT telah dipilih sebagai “duta online” untuk kerajaan Madani. Sentuhan Maya ini diwujudkan untuk membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat yang sahih dan polisi kerajaan dengan lebih efektif.

YB Nga Kor Ming menyatakan bahawa tujuan penubuhan pasukan ini bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat yang sahih dan mempertahankan rakyat daripada fitnah, tetapi juga untuk menggunakan bahasa dan pendekatan yang lebih mudah difahami oleh rakyat. Ini bertujuan untuk menyampaikan dasar-dasar mesra rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan Madani.

Dalam era digital ini, media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Video pendek, siaran langsung, dan pelbagai platform boleh digunakan sebagai medan menyelaraskan info kerajaan supaya rakyat berdiri teguh bersama mendukung aspiriasi Malaysia MADANI.

YB KM juga menggalakkan ahli-ahli pasukan Duta Online KPKT untuk menggunakan kreativiti dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan tidak membosankan.

“Langit adalah hadnya,” kata YB Nga Kor Ming ketika ditanya mengenai kebebasan gerak siber dalam menyampaikan maklumat. Beliau percaya bahawa dengan kreativiti, maklumat yang benar dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik perhatian masyarakat.

Sebagai contoh, Malaysia melonjak sembilan tangga buat pertama kali dan berjaya dipilih sebagai negara ke-10 paling aman di dunia, serta ketiga di Asia-Pasifik, dalam Indeks Keamanan Dunia baru-baru ini. Pencapaian ini wajar mandapat liputan yang meluas Tahun lalu, kita hanya berada di tangga ke-19 keseluruhan dalam Indeks Keamanan Dunia.

Peningkatan kedudukan ini adalah berdasarkan 23 indikator yang dikelompokkan kepada tiga kriteria: keselamatan dan keamanan sosial; tahap konflik domestik dan antarabangsa yang berterusan; dan tahap kemiliteran.

Antara faktor utama kejayaan adalah dasar kerajaan Madani yang inklusif, meraikan kepelbagaian, dan negara kita sentiasa bersikap prihatin.

Masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai budaya dan kadar jenayah yang rendah berbanding negara-negara lain di rantau ini turut menyumbang kepada kedudukan ini.

Profil antarabangsa Malaysia sedang meningkat. Kestabilan dan kepelbagaian adalah aset negara kita. Kesatuan dalam kepelbagaian adalah cara hidup kita. Marilah kita sentiasa menjaga dan membela keharmonian budaya masyarakat berbilang kaum dalam negara yang tercinta.