Skip to content

KPM perlu menjelaskan logik dan garispanduan yang digunapakai untuk samada menutup sekolah

Pada 7hb November yang lalu, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 11,666. Kes baharu adalah 1,168.

Pada 8hb November, sekolah di seluruh negara diarah tutup sehingga 17 Disember.

Apabila ditanya kenapa perlu tutup sekolah di seluruh negara termasuk zon hijau, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengatakan bahawa Covid-19 tidak kenal warna. Di negeri bukan PKPB juga berlaku jangkitan.

Semalan, iaitu 7hb Januari, jumlah kes aktif adalah 25,221. Kes baharu adalah 3,027.

Tetapi, pelajar kolej matrikulasi diarah kembali ke kolej dan meneruskan program pada 4.1.2021, manakala pelajar IPG diarah kembali ke kampus pada 17.1.2021.

Apakah rancangan KPM terkini? Sekolah rendah dan sekolah menengah terus buka pada 20.1.2021?

Jangkitan Covid-19 sekarang adalah dua kali ganda lebih serius berbanding dengan situasi pada bulan November yang lalu. Adakah Menteri Kanan Pendidikan berpendapat bahawa Covid-19 sekarang sudah kenal warna? Ataupun Covid-19 sudah dididik supaya tidak menyerang sekolah?

KPM perlu menjelaskan logik dan garispanduan yang digunapakai untuk samada menutup sekolah. Para ibubapa dan pelajar masih menunggu respons Menteri Kanan Pendidikan dan dua orang Timbalan beliau.