Skip to content

Langkah-Langkah pembaharuan Parlimen dalam era Malaysia Baharu

Sistem demokrasi berparlimen adalah sistem yang diamalkan oleh negara kita, oleh itu institusi Parlimen sebagai institusi perundangan tertinggi negara adalah institusi paling penting untuk memastikan sistem demokrasi negara kita terus subur dengan mekanisma semak dan imbang atau “check and balance” yg lebih berkesan, oleh itu Reformasi Parlimen adalah agenda penting dalam era Malaysia Baharu. Perlu diperingati “Reformasi Parlimen” juga merupakan janji ke-16 manifesto PH yang terkandung dalam Buku HARAPAN.

Dalam tahun 2019, pelbagai langkah Reformasi atau penambahbaikan telah dilaksanakan dan usaha penambahbaikan Parlimen kini mula membuahkan hasil. Antara 11 pencapaian positif Reformasi Parlimen Malaysia termasuk yang berikut : –

  1. Buat pertama kali dalam sejarah, Pengerusi Jawatankuasa kira-kira wang negara atau Public Account Committee disandang oleh wakil pembangkang. Ini memastikan PAC terus memainkan peranan semak imbang yang lebih sihat dan berkesan untuk menjaga dana kepentingan awam.
  2. Penubuhan 11 jawatan kuasa pilihan khas yang dipengerusikan oleh wakil kerajaan termasuk juga Ahli Parlimen pembangkang. Dalam aspek ini PH berjaya mencatat sejarah, buat pertama kali RUU kerajaan IPCMC telah dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas untuk sesi libaturus serta kajian dijalankan di seluruh negara. Ini terbukti parlimen bukan lagi “rubber stamp” atau “toothless tiger”. Selain itu, 11 jawatankuasa pilihan khas ini juga telah mengadakan lebih 130 kali mesyuarat sepanjang tahun ini, jelas Parlimen kini amat aktif dan proaktif.
  3. Untuk perlaksanaan sistem Jawatankuasa Pilihan khas atau “Special select committee system”, parlimen Malaysia telah berjaya mendapat nasihat dari pakar-pakar Parlimen UK, US, Australia dan New Zealand sebagai rujukan. Laporan Jawatankuasa pilihan khas kini akan dibentang di Parlimen utk dibahas. Contohnya laporan PAC berkaitan dengan wang GST RM19.4 billion yg hilang telah dibentang dan dibahas oleh Dewan rakyat. PAC juga adalah jawatankuasa yang paling aktif. Sepanjang tahun ini PAC sudah adakan mesyuarat sebanyak 77 kali dan ini juga merupakan rekod tertinggi dalam sejarah.
  4. Terima kasih juga kepada Kementetian kewangan yang meluluskan RM3 juta untuk membantu langkah pembaruan ini termasuk mengupah kakitangan tambahan.

  5. Tempoh bersidang. PH berjanji Parlimen bersidang sehingga 100 hari, kini Parlimen Malaysia sedang menuju ke arah tersebut. Dari 53 hari pada 2017, 58 hari dalam 2018, 68 hari pada 2019 dan tahun depan parlimen akan bersidang selama 77 hari. Pertambahan melebihi 30%.
  6. Pindaan kepada perintah tetap selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti. Pindaan terhadap Akta Parliamentary priviledge Act 1959 dan peraturan mesyuarat perkara 83 dan perkara 85 supaya mesyuarat Special Select Committee (SSC) boleh diadakan secara terbuka serta mempunyai kuasa untuk memanggil siapa saja sebagai saksi termasuk YAB Perdana Menteri terbukti Parlimen kini sedang menuju ke arah pentadbiran yang lebih telus, bersih dan penuh akauntabiliti. Perintah tetap 17 juga dipinda supaya Ahli Parlimen boleh bertanya soalan tambahan semasa mesyuarat di kamar khas berkenaan urusan pentadbiran kerajaan.
  7. “The Ministry Day” atau Hari Menteri Menjawab
  8. Sesi soal jawab lisan kini menjadi lebih berkesan dengan had masa yang ditetapkan. Produktiviti sesi soal jawab telah meningkat 100%. Dulu waktu pertanyaan lisan YB Menteri hanya sempat menjawab sekitar 8 soalan, kini telah meningkat kepada 15 soalan. Sistem “The ministry day” juga diperkenalkan supaya YB Menteri boleh menumpukan fokus melaksanakan tugas kementerian kerana tidak perlu hadir ke persidangan Parlimen setiap hari. Selain itu, pada zaman Malaysia baharu, parlimen tidak lagi bersidang sehingga subur atau pagi sehingga jam parlimen terpaksa berhenti pada pukul 12 malam. Kini waktu bersidang tidak pernah melebihi jam 12 malam.

  9. Kedai pintar pertama parlimen di dunia atau “the cashless Smart convenient shop” telah ditubuhkan di parlimen Malaysia. Bilik merokok yang dulu berbau busuk kini telah berjaya mengharungi transformasi.
  10. Parlimen berilmu

  11. Speaker’s lecture series
  12. Tokoh akademik dan Pemimpin luar negara kini dijemput untuk memberi kuliah apabila mereka melawat Parlimen. Sebagai contoh Speaker Singapore HE Mr Tan Chuan Chin, the clerk of the house from UK House of Common Sir David Natzler dan juga dari Clerk of House Parlimen Australia, HE Mr David Elder telah menyampaikan kuliah di Parlimen dan ini menjadikan anggota parlimen berjaya didedahkan dengan amalan terbaik menetapi piawai peringkat antarabangsa.

  13. Buat pertama kali dalam sejarah, tahun ini Laporan SUHAKAM telah dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat sekaligus mengakhiri tempoh 19 tahun SUHAKAM menanti. Ini mencerminkan pembaruan Malaysia Baru lebih mementingkan rekod hak asasi manusia.
  14. Akta suruhanjaya perkhidmatan Parlimen. Akta baru ini akan diperkenalkan pada bulan Mac, 2020. Kelulusan Akta baru ini akan menjadikan institusi Parlimen sebuah badan yang bebas selaras dengan doktrin pengasingan kuasa.
  15. Pada tahun ini Parlimen juga mula mengaktifkan semula Diplomasi Parlimen utk mengangkat martabat dan imej negara di pesada Antarabangsa. Dalam aspek ini, parlimen Malaysia telah dijemput sebagai wakil rasmi ke pilihanraya Presiden Republik Indonesia pada bulan April dan pilihanraya umum Uberkizhtan pada bulan ini. Selain itu, Parlimen juga berjaya menubuhkan 5 kumpulan APPG iaitu All Parties Parliamentary Groups and Parliament Friendship Group dengan 36 buah negara. Diplomasi Parlimen menunjukkan kini institusi Parlimen lebih menonjol dalam usaha hubungan dua hala atau hubungan multi lateral di badan dunia.