Pada hari Jumaat lalu bertarikh 2 Ogos 2024, Timbalan Ketua Menteri II, YB Jagdeep Singh Deo telah memberikan maklumat terkini mengenai cuti sakit beliau kepada saya.
Beliau memaklumkan bahawa dirinya kini berada dalam keadaan yang baik, dan atas nasihat doktor, beliau telah memohon supaya cutinya dilanjutkan sehingga 9 Ogos 2024.
Maka, saya telah bersetuju supaya cutinya dilanjutkan sehingga 9 Ogos 2024 bagi membolehkan YB Jagdeep meneruskan rawatan diperlukan.