Skip to content

Lantikan Ahli Parlimen Jelutong sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang telah bermesyuarat pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju melantik Yang Berhormat (YB) Ahli Parlimen Jelutong, Saudara R.S.N. Rayer sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang berkuat kuasa bagi tempoh 30 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024.

Sebagai makluman, YB sebelum ini telah menabur khidmat dengan HEB Pulau Pinang sejak tahun 2008 sebagai Pesuruhjaya dan juga Timbalan Pengerusi.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, setinggi-tinggi tahniah diucapkan di atas lantikan berkaitan dan adalah diharapkan YB dapat memantapkan lagi prestasi pihak lembaga secara keseluruhan.

Dalam pada itu, YB akan membuat pengumuman lanjut berhubung barisan Pesuruhjaya HEB Pulau Pinang bagi tempoh lantikan yang sama dalam masa terdekat.