Sebagaimana yang dijawab oleh saya dalam Soalan Bertulis pada Mesyuarat Kedua Penggal Petama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas pada November 2023, lantikan Y.Bhg. Dato’ Seri Sr. Kuvenaraju a/l Pachappen sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkuat kuasa 3 September 2019 sehingga kini adalah untuk menjalankan fungsi khas seperti mana yang diputuskan oleh lembaga pengarah perbadanan berkaitan.
Pada dasarnya, beliau mempunyai kepakaran dalam bidang juru ukur hartanah, perundangan hartanah, pengurusan aset, pengurusan kos kontrak serta pentadbiran dan juga mediator/arbitrator bertauliah. Pada aspek kelayakan akademik, beliau merupakan lulusan Masters in Business Administration, Bachelor in Estate Management dan Diploma in Valuation dengan juga menjadi ahli kepada beberapa badan tersenarai:-
- Juru Nilai bertauliah di Lembaga Penilai dan Pengurusan Harta Malaysia;
- Ahli Profesional Royal Institution of Surveyors (Malaysia);
- Ahli Profesional Royal Institution of Chartered Surveyors (United Kingdom);
- Ahli Profesional The Chartered Institute of Arbitration (United Kingdom)
Justeru, antara peranan Y.Bhg. Dato’ Seri Sr. Kuvenaraju antaranya adalah untuk:-
-
Memperkukuhkan pentadbiran PBAPP
- meningkatkan tadbir urus terhadap polisi serta prosedur operasi;
- Kecukupan dan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan pelaksanaan kerja adalah cekap serta dalam waktu yang ditetapkan; dan
- Memperkukuhkan struktur kawalan dalaman dengan memastikan sistem semak dan imbang dimasukkan di dalam pentadbiran sebagaimana ditakrifkan di atas.
- Perancangan penggantian (succession planning)
- Mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam kategori Pengurusan Tertinggi;
- Mengkaji semula proses sedia ada yang mana calon-calon akan ditapis untuk peranan kepimpinan dalam syarikat untuk memastikan perniagaan syarikat terus beroperasi dengan cekap.
- Mengkaji semula proses melibatkan bimbingan dan perkembangan bakal pengganti sama ada kakitangan dalaman ataupun luaran syarikat untuk mengambil alih kedudukan utama melalui proses penilaian dan latihan yang teratur.
- Membuat seliaan membabitkan seksyen-seksyen berikut:
- Pengurusan kontrak;
- Hal perundangan;
- Perolehan dan logistik;
- Dokumentasi dan rekod;
- Bakat, pampasan dan faedah; dan
- Hal-hal berkait dengam disiplin
- Lain-lain tugasan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah PBAPP, PBAHB, NRC dan Ketua Pegawai Eksekutif sekiranya perlu.
>> Beliau bukan bekerja secara sepenuh masa kerana bukannya pekerja yang dilantik menerusi Contract of Service yang perlu mematuhi waktu bekerja serta syarat-syarat perkhidmatan sebagaimana kakitangan syarikat lain. Lazimya, beliau menjalankan tugas-tugas khas yang diberikan oleh lembaga pengarah.
Umumnya, Y.Bhg. Dato’ Seri Sr. tidak dibayar gaji bulanan sebaliknya menerima Bayaran Fungsi Khas (Special Function Fee) berjumlah RM47,600 sebulan; elaun sebagai Pengarah Bukan Eksekutif (RM1,000 sebulan) dan elaun mesyuarat (RM300 untuk setiap mesyuarat dihadiri).